Tuesday, 27 September 2016

Trip to Petra, Wadi Musa.

     Payah jerih sebenarnya nak plan perjalanan dekat Jordan ni, as depa takda kemudahan pengangkutan yang macam train, bas ambil number itu ini dan etc. Aku dengan penat lelahnya mencari macam macam dekat internet, rasa macam urghhhh sewa kereta kang. Haha. Tapi biasalah last minute punya plan, serabut alam itu pasti. Budak baru habis exam, kau kene faham. Kuikuikui.

     So, untuk awak-awak yang nak pergi Petra dengan pengangkutan-pengangkutan awam, meh saya tolong. Memandangkan saya tinggal dekat Mafraq, makanya perjalanan saya gerak dari sini lah ye? Dari Mafraq ke Amman kiteorang amik bas, berenti dekat Mujammak Raghadan (1.05JOD). Dari sini, aku amik teksi ke Mujammak Janubi (satu kepala 0.50JOD). Dekat sana, kau amik bas ke Wadi Musa (3 JOD). Nanti dah sampai sana, kau takkan berenti betul betul depan pintu Petra, kau akan berenti dekat area area hotel macam tuh je cumanya dah dekat sangat lah tempat yang die berenti tuh dengan Petra. So from that place, go and find your hotel lah kalau kau bermalam. Kalau tak, bukak je lah apps apa-apa cari jalan ke pintu masuk Petra. Settle kan? haha.

     Entrace ticket Petra masuk untuk Jordanian, atau student hanya 1 JOD, dan pelancong awak-awak sekali boleh masuk dengan 50 JOD. Sekian maklum. Dan dan dan student card selain yang belajar di Jordan is not acceptable. Kan aku ada bawak kawan aku dari Malaysia kan sorang? Sepatutnya dia pun kene bayar 50 JOD, tapi aku buat sampai dia kene bayar 1 JOD sama harga dengan kiteorang hahaha. Kau buat lah apa apa, sampai kau dapat harga tuh. Tapi apa pun yang kau buat, jangan sampai kantoi, susah orang lelepas tuh nanti. Take note ya~

     Petra ni bukak dari pukul 6am-6pm in summer, dan 6am-4pm in winter. Matahari disana boleh tahan memancar, so aku nasihat masuklah ke Petra seawal pagi yang kau mampu. Maka dengan itu, keletihan anda akan sangat berkurangan jika nak dibandingkan bila berjalan dibawah terik mentari. Jalan dalam Petra ni sangat penat ya, sebab dia sangat sangat luas. Sangat banyak check point, aku yang dah pegi 3 kali ni pun tak habis lagi aku lawat semua tempat. Boleh lah start start bayang seluas mana Petra tuh. Haha. Bawak lah air banyak mana yang mampu, air kat dalam tuh sebotol kecik dia jual 1 JOD, harga biasa 0.25 JOD je padahalnya. Biasalah kan, what do you expect bila dah sampai dekat tempat pelancongan?

     Nak balik ada dua cara dengan bas. Kalau kau decide nak naik teksi yang boleh jadi cecah ke 50 JOD dan lebih untuk ke Amman, silakan lah. Aku bagi cara murah. Satu, pakai JETT bus. Kau kene tempah awal kalau nak naik bas ni, takut penuh memang bai bai je lah kau. Aku pun tak sure cemane nak booking sendiri, sebab ritu aku bukak website dia lepas tuh dia suruh call but orang yang aku call tuh macam pelik gila dah kenapa aku call dia bagitahu aku ada booking tiket. Dah dekat website dia suruh call lepas buat booking online, dah dia pulak duk pelik. Lepas aku call, aku kira konfirm je lah tempat aku walaupun dengan cara dia yang tak meyakinkan. Tapi aku dah buat apa yang dia suruh en, so settle. Bila dah tiba masanya nak balik, dia cakap takda tempat tapi kiteorang kata kiteirang dah booking dan dah call. Last dapat jugak first bus. Ohh, first bus dia gerak pukul 5pm. Pukul 4:30pm, kau dah kene ada dekat area bus dekat dengan pintu masuk Petra. Kau keluar, cari dekat bahagian kiri. Tambang dia sampai ke 7th Circle, Amman (nama tempat dekat sana) sebanyak 10 JOD. Lepas tuh kau cari lah jalan mana mana untuk balik ke tempat asal korang. Kalau nak naik bas, amik lah teksi ke Mujammak mana man yang ada bas korang. Kalau nak stay Amman, cari lah teksi. Kiteorang stay rumah kawan dekat Amman masa tuh, esoknya baru balik ke Mafraq by bus. Bas malam-malam selalunya dah takda nak balik Mafraq bagai, sebab dah pokai banyak en, so memang nak balik pakai bas jugak jugak. Haha.

     Satu lagi cara, kau amik balik bas yang sama kau datang Petra dari Mujammak Janubi. Aku tanya dia last bas pukul berapa, dia kata 12pm (afternoon). Kalau sudi nak keluar dari Petra sebelum pukul 12, atau tambah satu malam lagi kat Petra untuk tunggu bas pukul 12pm ni, dipersilakan. Cuma nak cari aku tak tahu, sebab aku tak naik bas ni time aku balik dari Petra. Aku tak sanggup nak keluar Petra sebelum pukul 12, dan aku tak sanggup nak tambah satu lagi malam dekat Petra as makanan pun mahal bla bla bla. Mungkin boleh tanya driver bas untuk maklumat lanjut, ini je info yang aku ada :)

     Some tips untuk ke Petra. Teksi sana, banyak menipu. Banyak yang banyak amat sampai kau boleh burst otak bila fikir. Biasa perjalanan dalam 1JOD atau 2JOD, tapi kalau jauh makin banyak lah macam biasa. Teksi sini memang takda meter, kecuali dekat Amman. Tapi teksi dekat Amman yang memang dia pergi satu tempat je, memang dah ada penetapan harga lah. Dan teksi sini, memang sangatlah mahal kalau takda meter tuh. Nak cari yang bermeter memang takda ya, sila tahu. Tapi kalau tempat tuh hanya reachable hanya dengan teksi, so memang takda pilihan lah. Camtuh lah hidup kami dekat Jordan.

     Gambar lain kali aku upload, cumanya Petra ni satu tempat yang sangat cantik. Memang takda dekat tempat lain, kalau mampu bayar 50 JOD tuh nasihat aku masuklah. Kau akan duk asyik wowwwwwwwwww je dalam hati. Hahaha. Selama bergembira dan berpenatan di Petra!