Thursday, 28 July 2016

Aku hamba.

     Jam dah tunjuk pukul 00:13, tapi aku masih duduk bersuluhkan cahaya laptop kecil. Duduk. Semuanya tenang. Dunia tanpa manusia, aku senang dengan keadaan itu malam ini. Nyaman udara malam, buat aku makin suka dengan dunia tanpa keserabutan. Namun pagi besok, pasti masih dunia yang sama. Mana lagi nak kau lari selain mati, maka hiduplah kau di dunia itu.

     Hari ini aku sedar, aku lemah. Hari ini aku sedar, aku tidak kuat seperti yang aku sangka. Hari ini aku sedar, aku tidak cukup teguh untuk berdiri kuat tanpa bantuan lain. Hari ini aku sedar, aku hamba. Hari ini aku mengaku, aku kalah. Kalah dengan ujian mu.

     Berubah lagi hidup aku. Belum sempat aku sesuaikan diri ditempat baru, aku harus ubah lagi. Ntah apa kehidupan itu nanti. Menanti aku dengan penuh pertanyaan. Tapi aku sedar, siapa aku. Pergi aku membawa diri, ke tempat yang baru.
 
     Senyum lah untuk dirimu. Cari lah kebahagiaan di setiap pelusuk hidupmu, Allah itu bukan kejam :) Kuatkan lah diri mu untuk hari yang mendatang, tidaklah kau jatuh ke lubang yang sama.

Mungkin juga aku akan tetap lemah dan kalah, kerana aku hanya hamba. Kuatkan aku Ya Allah, kuat kan aku.

00:13 l 28 July 2016

Sunday, 24 July 2016

Summer in Jordan!

     Baru habis exam Usul Iqtisod senanye, rasa macam nak rehat dengan diri sendiri. So membebelah kita jom?

     Aku cuma nak share some tips je untuk siapa-siapa yang ada simpan hajat nak ber'summer' dekat Jordan ni. Tujuan sebenarnya lagi aku tulis post ini, specially dedicated to Zawani Diyana, my bestfriend yang bakal sampai Jordan tak lama lagi. Yayy! So, thanks to her sebab post ni boleh wujud dan blog aku pun ter'update'dengan secara tidak sengaja. haha! Jadi, berikut adalah bebelan saya yang ingin saya kongsikan :

1) Sunglasses.

     Ini bukan kes nak amik gambar lawa gaya mak datin eah. Ini cerita mentari terik masuk mencucuk-cucuk kornea mata kau. Kalau tak bawak tuh, takda lah sampai aku nak menjanjikan buta. Cuma nak cuti-cuti ni, mesti nak semuanya indah iye dok? Nanti nak cerita pun, sedapppp je telinga nak dengar. Selain dari sinaran cahaya yang tidak terkawal, boleh jugak elak kau dari burn tebakaq legam. Atleast kat bahagian mata en? Koffff~

2) UV Protection.

     Sukati lah SPF 80+ pun ikutlah, takkan semua benda aku nak ajar *emoticon muka malas layan* haha. Tapi yang pasti kalau kulit muka kau jenis melamin sangat aktif macam kau, aku nasihat tolonglah sedar diri sebelum kau pulang ke pangkuan keluarga dengan bertitle kan 'satu anak hitam'. Panas dia tuh, takda lah sampai nak berlecak ketiak, cuma peluh tuh ada lah sikit.

     Tapi kalau kau memang jenis hardcore punya orang, takda nak kesah putih hitam ni, tayah bawak lah. Aku ni kes memang dah bukan kalangan cerah, so aku sedar diri siap-siap lah.

3) Aloevera

    Barang ni rare sikit en dengar? For me lah kot. Aku pun baru-baru je kenal fungsi benda ni, lepas kawan aku bising aku tak jaga kulit. Padahal punya flawless kulit aku. Jeles la tuh haha. Benda ni fungsi dia, lepas kau balik masuk rumah lepas kulit kau dah terdedah kepada cahaya matahari secara bebasnya. Dia macam bertindak sebagai 'cooling' haaaaaaaaaaa camtuuuuuuuu~ haha.  Benda ni ikut kau lah, cuma ini aku nasihat kalau jenis kulit cepat burn lah.

4) Baju.

    Sila bawak baju lengan pendek kalau kau stay dekat satu tempat yang tidak ber air cond. Tak payah nak cari pasal tetiba nak pakai baju lengan panjang sangat, apa tak cukup panas ? haha.

    Itu kalau kes dalam rumah lah, ini kes luar rumah pulak. Selagi boleh elak pakai baju lapis-lapis, elak lah. Aku yang gi kelas dengan baju selapis pun, sampai-sampai kelas cari kipas nak bersadai. Kau yang duk jalan bawah matahari, meredah Jordan yang indah apatah lagi kan? Pffft~

5) Kamera.

    Of course lah, kalau kata dah nak jalan. Kalau tak macam mana kenang segala memori indah kita bersama selama disini kan? Hukssss~ haha Apa yang aku maksudkan kat sini is, kalau kau nak redah wadi-wadi (lembah) yang ada kat sini *ohh selain Wadi Rum la*, bawak lah accesories kamera yang betul.

     Satu, of course yang water resistance dah kata pun nak masuk wadi kan? Dua, kalau dapat yang lekap kat badan pun okay, as nanti kau nak berenag nak melompat apa semua, tak terdaya pun kau nak pegang. Kalau takat ada camera water resistance tapi takda benda yang boleh buat dia tak lari dari kau, last-last kau kene tinggal jugak kamera kau dalam bas. Sia-sia segala usaha kau selama ni. Haha.

6) Ini Jordan lah!

     Untuk entrance ticket apa semua, kau boleh beli terus dekat tempat kejadian bila kau dah sampai nanti. Jordan is not Europe sebab Jordan masih Jordan. Haha. Kalau dekat Europe kau boleh dapat ticket entrance lagi murah kalau kau beli online dan awal, tapi 'Ini Jordan lah!' hahahaha. So, just dont worry pasal harga lain-lain ke apa ke sebab memang kau takkan dapat. Kahhh!

Takat ni, itu je pengalaman aku selama duk Jordan yang aku boleh kasi. Nanti, kalau aku jumpa aku update kat sini je. Malas nak buat post baru. Untuk yang free hair atau lelaki, sorry lah aku tak boleh nak bagi tips as aku takda pengalaman. Aku tak tahu cukup perit ke tak kalau sinaran tuh melantun atas kepala kau. Haha.

     Soo~ Welcome to Jordan :)

Sunday, 17 July 2016

Rehlah Rohloh

     Hello evelibodi :)

     Menulis is not something easy for me actually. Banyak post yang I wrote and save without publish, which is aku tak rasa kalau ada orang lain suruh  aku hadap benda tuh dan aku nak baca *mata kelangit tangan ke bahu* haha. Sebabkan aku sedar diri, aku simpan. Tapi tak kira, aku nak jugak ada blog. Kahhh!

Dahhhh. Lets get started!

     On 16th of July 2016 I decided to join Tangisan Syria di Bumi Jordan punya aktiviti as aku pun memang one of their volunteers. 2 busses and 1 coster, maybe around 102 participant ? Around lah, tak tahulah detail program sebab aku memang kuli jee teneneeee~ Macam mana kau biasa bernafas tiap-tiap hari, macam tuh lah biasanya arab buat masalah. Kiteorang order 2 bas, 1 koster tapi yang datang 1 bas, 2 koster. Bila kata salah, depa kata kalau nak tukar koster jadi bas kene tambah JOD 100+ (around RM 550+) Kalah keling dah depa ni aku tengok. Pffffft ~ Sepatutnya gerak 9:30 pagi jadi gerak 10:30 pagi, begitu lahhhhhh hidup kalau dah dengan arab *gun shot*

     Aku kata budak arab dengan budak Malaysia sumpah lain. Kita dulu, cikgu bawak pergi zoo punya kalau boleh nak ikat tali kasut pun bagi tahu cikgu suruh tunggu kan. Depa ni kalau leka sikit, sorang dah kat hujung taman beli aiskrim, sorang dah kat atas bukit main pondok-pondok *tepuk dahi* hahaha! Tapi last last nama pun budak kan? Kau redho je lahhh~ tu pun nak berkira. Kahh!

     Aku sebelum sampai zoo, eksaited lah jugak as aku bayang zoo depa like at Malaysia. Tapi aku tak cukup bijak menggunakan imaginasi dan pengetahuan aku tentang Jordan. Hahaha! Satu binatang untuk satu kandang, theres no grass and tree at all untuk buat macam " ahhh natural nyaaaa! aku dekat hutan ke nii ?" but only cement untuk mereka meneruskan hidup. Some weird animals are there (of course) like cats and dogs? Which is totally no special breed, atleast? hahaha! Kau pusing tak sampai lima minit, dah habis *tadaaaaaaaa!* Some animal, aku tengok dah macam nak mati. Some animal, kau tengok kaki dia dan kau boleh wonder "boleh ke dia nak bangun atau berlari dengan kaki kurus macam tu?". Some animal aku tengok bulu pun dah tetiba botak sikit kat atas, tetiba botak sikit dekat tepi. Alahaii~ tak tercapai hadaf datang zoo *emoticon gelak berair mata* hahaha!

Melayu dia Zoo Al- Yadudah, Amman kot.



     Gambar gelap sikit as ada backlight asli dari belakang. Tapi kandang macam ni je lah, sebelahnya anjing sebelahnya monyet sebelahnya hyena. Teneneeeee? Ini depan, pusing kiri dekat hujung ada satu lagi line macam dalam gambar dan TAHNIAH kerana anda berjaya habis pusing zoo Jordan! *clapppp*



     Semua gaya dah macam pasrah dah dengan apa jadi en. Only in Jordan :) Hiksss~

Apa pun #TSDBJ terbaik buat program macam ni untuk anak-anak Syria. Keep it up! Ehh aku serius ehh takda langsung unsur perli. As depa memang tak pernah tengok zoo Malaysia kann? Kita pernah tengok Zoo Malaysia, lain cerita lah baybehhh. Wish best of luck for them. Good job *thumbs up!*