Payah jerih sebenarnya nak plan perjalanan dekat Jordan ni, as depa takda kemudahan pengangkutan yang macam train, bas ambil number itu ini dan etc. Aku dengan penat lelahnya mencari macam macam dekat internet, rasa macam urghhhh sewa kereta kang. Haha. Tapi biasalah last minute punya plan, serabut alam itu pasti. Budak baru habis exam, kau kene faham. Kuikuikui.
So, untuk awak-awak yang nak pergi Petra dengan pengangkutan-pengangkutan awam, meh saya tolong. Memandangkan saya tinggal dekat Mafraq, makanya perjalanan saya gerak dari sini lah ye? Dari Mafraq ke Amman kiteorang amik bas, berenti dekat Mujammak Raghadan (1.05JOD). Dari sini, aku amik teksi ke Mujammak Janubi (satu kepala 0.50JOD). Dekat sana, kau amik bas ke Wadi Musa (3 JOD). Nanti dah sampai sana, kau takkan berenti betul betul depan pintu Petra, kau akan berenti dekat area area hotel macam tuh je cumanya dah dekat sangat lah tempat yang die berenti tuh dengan Petra. So from that place, go and find your hotel lah kalau kau bermalam. Kalau tak, bukak je lah apps apa-apa cari jalan ke pintu masuk Petra. Settle kan? haha.
Entrace ticket Petra masuk untuk Jordanian, atau student hanya 1 JOD, dan pelancong awak-awak sekali boleh masuk dengan 50 JOD. Sekian maklum. Dan dan dan student card selain yang belajar di Jordan is not acceptable. Kan aku ada bawak kawan aku dari Malaysia kan sorang? Sepatutnya dia pun kene bayar 50 JOD, tapi aku buat sampai dia kene bayar 1 JOD sama harga dengan kiteorang hahaha. Kau buat lah apa apa, sampai kau dapat harga tuh. Tapi apa pun yang kau buat, jangan sampai kantoi, susah orang lelepas tuh nanti. Take note ya~
Petra ni bukak dari pukul 6am-6pm in summer, dan 6am-4pm in winter. Matahari disana boleh tahan memancar, so aku nasihat masuklah ke Petra seawal pagi yang kau mampu. Maka dengan itu, keletihan anda akan sangat berkurangan jika nak dibandingkan bila berjalan dibawah terik mentari. Jalan dalam Petra ni sangat penat ya, sebab dia sangat sangat luas. Sangat banyak check point, aku yang dah pegi 3 kali ni pun tak habis lagi aku lawat semua tempat. Boleh lah start start bayang seluas mana Petra tuh. Haha. Bawak lah air banyak mana yang mampu, air kat dalam tuh sebotol kecik dia jual 1 JOD, harga biasa 0.25 JOD je padahalnya. Biasalah kan, what do you expect bila dah sampai dekat tempat pelancongan?
Nak balik ada dua cara dengan bas. Kalau kau decide nak naik teksi yang boleh jadi cecah ke 50 JOD dan lebih untuk ke Amman, silakan lah. Aku bagi cara murah. Satu, pakai JETT bus. Kau kene tempah awal kalau nak naik bas ni, takut penuh memang bai bai je lah kau. Aku pun tak sure cemane nak booking sendiri, sebab ritu aku bukak website dia lepas tuh dia suruh call but orang yang aku call tuh macam pelik gila dah kenapa aku call dia bagitahu aku ada booking tiket. Dah dekat website dia suruh call lepas buat booking online, dah dia pulak duk pelik. Lepas aku call, aku kira konfirm je lah tempat aku walaupun dengan cara dia yang tak meyakinkan. Tapi aku dah buat apa yang dia suruh en, so settle. Bila dah tiba masanya nak balik, dia cakap takda tempat tapi kiteorang kata kiteirang dah booking dan dah call. Last dapat jugak first bus. Ohh, first bus dia gerak pukul 5pm. Pukul 4:30pm, kau dah kene ada dekat area bus dekat dengan pintu masuk Petra. Kau keluar, cari dekat bahagian kiri. Tambang dia sampai ke 7th Circle, Amman (nama tempat dekat sana) sebanyak 10 JOD. Lepas tuh kau cari lah jalan mana mana untuk balik ke tempat asal korang. Kalau nak naik bas, amik lah teksi ke Mujammak mana man yang ada bas korang. Kalau nak stay Amman, cari lah teksi. Kiteorang stay rumah kawan dekat Amman masa tuh, esoknya baru balik ke Mafraq by bus. Bas malam-malam selalunya dah takda nak balik Mafraq bagai, sebab dah pokai banyak en, so memang nak balik pakai bas jugak jugak. Haha.
Satu lagi cara, kau amik balik bas yang sama kau datang Petra dari Mujammak Janubi. Aku tanya dia last bas pukul berapa, dia kata 12pm (afternoon). Kalau sudi nak keluar dari Petra sebelum pukul 12, atau tambah satu malam lagi kat Petra untuk tunggu bas pukul 12pm ni, dipersilakan. Cuma nak cari aku tak tahu, sebab aku tak naik bas ni time aku balik dari Petra. Aku tak sanggup nak keluar Petra sebelum pukul 12, dan aku tak sanggup nak tambah satu lagi malam dekat Petra as makanan pun mahal bla bla bla. Mungkin boleh tanya driver bas untuk maklumat lanjut, ini je info yang aku ada :)
Some tips untuk ke Petra. Teksi sana, banyak menipu. Banyak yang banyak amat sampai kau boleh burst otak bila fikir. Biasa perjalanan dalam 1JOD atau 2JOD, tapi kalau jauh makin banyak lah macam biasa. Teksi sini memang takda meter, kecuali dekat Amman. Tapi teksi dekat Amman yang memang dia pergi satu tempat je, memang dah ada penetapan harga lah. Dan teksi sini, memang sangatlah mahal kalau takda meter tuh. Nak cari yang bermeter memang takda ya, sila tahu. Tapi kalau tempat tuh hanya reachable hanya dengan teksi, so memang takda pilihan lah. Camtuh lah hidup kami dekat Jordan.
Gambar lain kali aku upload, cumanya Petra ni satu tempat yang sangat cantik. Memang takda dekat tempat lain, kalau mampu bayar 50 JOD tuh nasihat aku masuklah. Kau akan duk asyik wowwwwwwwwww je dalam hati. Hahaha. Selama bergembira dan berpenatan di Petra!
Life is like a piano, the white keys represents happiness and the black shows sadness. But as you go through life's journey, remember that the black keys also create music. Be happy with what you are!
Tuesday, 27 September 2016
Saturday, 13 August 2016
Jerash, Jordan
Hi! I already finished my summer sem utk third year. Weeeeeeeee! So next year will be my last yearr laaahhh hikhikhik. Malas dah nak hadam apa itu duduk dan tinggal dan belajar di Jordan *mata kelangit*
Kawan aku dari Malaysia datang sejak 07.08.16 hari ahad hari tuh lagi sebenarnya, hari last aku exam. Tapi semalam baru dapat start menangkis kemalasan dari terus bersarang dalam diri. Dia pun stay sini sampai 30.08.16, lagi aku buat rilek. So, aku decide frist trip aku ke Jerash. Cari punya cari bagai dekat internet, depa kata kalau dah pergi Jerash alang-alang pergi lah sekali Ajloun Castle. Aku pun redah. Ingat nak bawak manusia sekalian alam join aku, tapi sebab first time jadi besar, lain kali lah bila aku konfem aku dah besar, aku bawak. hahaha.
Trip ke Ajloun dengan Jerash ni, total pengangkutan semua tak lebih JOD 10 pun. Not that bad en? Tapi aku pesan, kalau nak jalan Jerash dengan terik mentari sejengkal atas kepala ni, kau bawak lah air lebih sikit. Dua botol paling minima, lebih dan kalau larat lagi bagus. Macam anak anjing kehausan dah kiteorang semalam. Kahkahkah! Keluar je dari Jerash, sebat tiga botol air. Kawan aku yang ikut, katanya dah macam jalan tengah padang pasir. Lagi mengover dari aku.
Sunglasses tuh sumpah lah aku kata kene, kau nak tangkap gambar tengok phone pun kau tak nampak apa sat lagi. Aku dah macam buruh petani tengah sawah, bawah spek aku letak sapu tangan tutup muka dari sinaran yang menggelapkan kulit wajah itu tapi lega lah. hihi. Nah aku kasi tour dari sini untuk sampai dua tempat tuh.
Aku keluar 8.30 pagi, alang alang housemate aku pun balik pagi itu. Habis segala bai bai drama melayu semua, 8:50 pagi aku gerak pergi mujamma' (stesen bas). Bas memang takkan gerak selagi bas tak penuh, jadi pepandai lah nak isi masa dengan apa ya anak anak. Aku ambil bas ke Amman, tunggu punya tunggu dalam 9:25 baru bas gerak. Perjalanan selalu tambah tolak sejam lah. Kalau ambil bas dari Mafraq ke Amman, bas akan berhenti dekat Mujamma' Raghadan. Kalau amik dari Irbid, rasanya akan turun dekat Mujamma' Syimali. Tapi kalau kau nak gi Ajloun, bas ada dari Mujammak Syimali je, aku pun baru terfikir ada ke tak ntah bas Mafraq-Ajloun. Kalau ada lah, memang boleh tahan jugak skema aku. Kahhh! Korang yang dari Mafraq cuba lah try, kot lah kalau ada.
Sampai Amman, aku ambil teksi pergi Mujammak Syimali. Sorang 0.40 qursy, dia bayar ikut kepala. Sampai Mujammak Syimali, aku amek bas ke Ajloun 0.95 qursy sorang. Nak sampai ke castle tuh, kau kene pegi dengan teksi. Aku kene 2.50jd satu teksi, tapi aku tak tahu lah kalau dia menipu aku. Puiii kalau ya. Hahahaha. Lepastuh, jangan lupa ambil num pakcik teksi tuh jugak, sebab nanti kau nak balik kalau nak tahan tahan teksi depan castle tuh memang takda. Plus, kalau kau naik teksi empat orang, boleh lah nak jimat bajet kau. Pusing round castle around sejam setengah, balik mujammak. Aku tanya police tourism kat situ, ada ke bas ke Jerash dari sini, dia kata takda. Dia suruh aku patah balik Amman, ambil bas dari sana. Memaaaaaanggggg niiii~ Aku tanya sorang lagi dia kata ada. Soooooooooooooooo Jordannnnnnnnn lahhhhhhhhh~ hahaha.
Kalau nak singgah Jerash, ambil bas ke Amman nanti otw dia berenti sebut "Jerash Jerash!" tapi lagi better kau bagi tahu je terus pakcik bas tuh, kata je kau nak ke Jerash. Nak tido ke, nak nonggeng ke dalam bas takda lah selak langsir rupanya dah sampai Mujammak Syimali. Hahaha. Round sejam dua, balik tunggu dekat tempat kau turun tadi. Situ ada bas ke Amman, tapi lama sikit ah nak nunggu kecuali kau datang memang time orang bercuti. Sampai Amman, ambil teksi ke Raghadan, ambil bas balik Mafraq. Nak ambil teksi or naik bas dari Syimali kee Raghadan tuh, kau kene berenti dekat "Mushtashfa Mamlakah Aliah", kau sebut bende ni dekat pakcik bas kau dari Jerash. Nampak jejantas, lintas. Turun jejantas, kau tunggu situ. Situ ada teksi yang nak ke Raghadan. Sesat jugak aku hari tuh, sebab tak tahu mana nak tunggu. Tapi kau duduk situ, teksi datang kau kene rebut sikit ah tetambah kalau kau balik time orang balik kerja. Semua orang pun rushing nak balik. Aku sampai situ dalam pukul 7, pandai berebut ah. Ada satu teksi tuh, berenti memang dekat gila dengan aku, tapi ditempisss oleh manusia manusia disitu. Speechless aku. Lepas teksi gerak, aku gelak besar dengan kawan aku like "seriussssss ahhhhhh depaaaaaaaa?" hahaha.
Ohh pasal tiket masuk, Castle Ajloun harga dia 0.25 qursy untuk student atau Jordanian. Tapi orang luar JOD 3, beza gila bapak en. Haha. Kalau Jerash, 0.50 qursy untuk student atau Jordanian dan orang luar JOD 10. Kalau nak masuk murah, pepandai lah pinjam student card ke ape. Depa tak tengok sangat pun student card tuh. Aku kata aku pelajar kat sini, angkat sikit je dia terus koyak tiket student. Hahaha. Tapi bahasa arab kene kaww sikit lah, nak berlakon en? Kene bijak enn~ Hahaha.
Last last, bas Amman ke Mafraq aku rasa last bas maybe pukul 6 atau 7. Aku sampai Raghadan dah pukul 8 camtuh, so aku naik kereta sapu (something like uber) dia cas aku JOD 2 sebab student tapi harga biasa JOD 3. Jadi, aku yang keluar pukul 8.50 ni pun boleh sampai Raghadan pukul 7 lebih ke pukul 8, ada patutnya korang keluar lebih awal mungkin? haha. Tapi ye ah kalau tolak tolak masa menunggu sementara bas penuh, sempat je ye dok? Tetambah time dekat Jerash nak balik Amman, sejam lebih aku tunggu.
Nah aku kasi conclusion perbelanjaan total:
Bas Mafraq-Amman - JOD 1.05
Teksi Raghadan-Syimali - JOD 0.40
Bas Amman-Ajloun - JOD 0.95
Teksi Ajloun-Castle - JOD 2.50
Teksi Castle-Ajloun - JOD 2.50
Bas Ajloun-Jerash - JOD 0.95
Bas Jerash-Amman - JOD 0.75
Syimali-Raghadan - JOD 0.40
Bas Amman-Mafraq - JOD 1.05
Soooooooooo selamat merancang perjalanan :)
Thursday, 28 July 2016
Aku hamba.
Jam dah tunjuk pukul 00:13, tapi aku masih duduk bersuluhkan cahaya laptop kecil. Duduk. Semuanya tenang. Dunia tanpa manusia, aku senang dengan keadaan itu malam ini. Nyaman udara malam, buat aku makin suka dengan dunia tanpa keserabutan. Namun pagi besok, pasti masih dunia yang sama. Mana lagi nak kau lari selain mati, maka hiduplah kau di dunia itu.
Hari ini aku sedar, aku lemah. Hari ini aku sedar, aku tidak kuat seperti yang aku sangka. Hari ini aku sedar, aku tidak cukup teguh untuk berdiri kuat tanpa bantuan lain. Hari ini aku sedar, aku hamba. Hari ini aku mengaku, aku kalah. Kalah dengan ujian mu.
Berubah lagi hidup aku. Belum sempat aku sesuaikan diri ditempat baru, aku harus ubah lagi. Ntah apa kehidupan itu nanti. Menanti aku dengan penuh pertanyaan. Tapi aku sedar, siapa aku. Pergi aku membawa diri, ke tempat yang baru.
Senyum lah untuk dirimu. Cari lah kebahagiaan di setiap pelusuk hidupmu, Allah itu bukan kejam :) Kuatkan lah diri mu untuk hari yang mendatang, tidaklah kau jatuh ke lubang yang sama.
Mungkin juga aku akan tetap lemah dan kalah, kerana aku hanya hamba. Kuatkan aku Ya Allah, kuat kan aku.
00:13 l 28 July 2016

Sunday, 24 July 2016
Summer in Jordan!
Baru habis exam Usul Iqtisod senanye, rasa macam nak rehat dengan diri sendiri. So membebelah kita jom?
Aku cuma nak share some tips je untuk siapa-siapa yang ada simpan hajat nak ber'summer' dekat Jordan ni. Tujuan sebenarnya lagi aku tulis post ini, specially dedicated to Zawani Diyana, my bestfriend yang bakal sampai Jordan tak lama lagi. Yayy! So, thanks to her sebab post ni boleh wujud dan blog aku pun ter'update'dengan secara tidak sengaja. haha! Jadi, berikut adalah bebelan saya yang ingin saya kongsikan :
1) Sunglasses.
Ini bukan kes nak amik gambar lawa gaya mak datin eah. Ini cerita mentari terik masuk mencucuk-cucuk kornea mata kau. Kalau tak bawak tuh, takda lah sampai aku nak menjanjikan buta. Cuma nak cuti-cuti ni, mesti nak semuanya indah iye dok? Nanti nak cerita pun, sedapppp je telinga nak dengar. Selain dari sinaran cahaya yang tidak terkawal, boleh jugak elak kau dari burn tebakaq legam. Atleast kat bahagian mata en? Koffff~
2) UV Protection.
Sukati lah SPF 80+ pun ikutlah, takkan semua benda aku nak ajar *emoticon muka malas layan* haha. Tapi yang pasti kalau kulit muka kau jenis melamin sangat aktif macam kau, aku nasihat tolonglah sedar diri sebelum kau pulang ke pangkuan keluarga dengan bertitle kan 'satu anak hitam'. Panas dia tuh, takda lah sampai nak berlecak ketiak, cuma peluh tuh ada lah sikit.
Tapi kalau kau memang jenis hardcore punya orang, takda nak kesah putih hitam ni, tayah bawak lah. Aku ni kes memang dah bukan kalangan cerah, so aku sedar diri siap-siap lah.
3) Aloevera
Barang ni rare sikit en dengar? For me lah kot. Aku pun baru-baru je kenal fungsi benda ni, lepas kawan aku bising aku tak jaga kulit. Padahal punya flawless kulit aku. Jeles la tuh haha. Benda ni fungsi dia, lepas kau balik masuk rumah lepas kulit kau dah terdedah kepada cahaya matahari secara bebasnya. Dia macam bertindak sebagai 'cooling' haaaaaaaaaaa camtuuuuuuuu~ haha. Benda ni ikut kau lah, cuma ini aku nasihat kalau jenis kulit cepat burn lah.
4) Baju.
Sila bawak baju lengan pendek kalau kau stay dekat satu tempat yang tidak ber air cond. Tak payah nak cari pasal tetiba nak pakai baju lengan panjang sangat, apa tak cukup panas ? haha.
Itu kalau kes dalam rumah lah, ini kes luar rumah pulak. Selagi boleh elak pakai baju lapis-lapis, elak lah. Aku yang gi kelas dengan baju selapis pun, sampai-sampai kelas cari kipas nak bersadai. Kau yang duk jalan bawah matahari, meredah Jordan yang indah apatah lagi kan? Pffft~
5) Kamera.
Of course lah, kalau kata dah nak jalan. Kalau tak macam mana kenang segala memori indah kita bersama selama disini kan? Hukssss~ haha Apa yang aku maksudkan kat sini is, kalau kau nak redah wadi-wadi (lembah) yang ada kat sini *ohh selain Wadi Rum la*, bawak lah accesories kamera yang betul.
Satu, of course yang water resistance dah kata pun nak masuk wadi kan? Dua, kalau dapat yang lekap kat badan pun okay, as nanti kau nak berenag nak melompat apa semua, tak terdaya pun kau nak pegang. Kalau takat ada camera water resistance tapi takda benda yang boleh buat dia tak lari dari kau, last-last kau kene tinggal jugak kamera kau dalam bas. Sia-sia segala usaha kau selama ni. Haha.
6) Ini Jordan lah!
Untuk entrance ticket apa semua, kau boleh beli terus dekat tempat kejadian bila kau dah sampai nanti. Jordan is not Europe sebab Jordan masih Jordan. Haha. Kalau dekat Europe kau boleh dapat ticket entrance lagi murah kalau kau beli online dan awal, tapi 'Ini Jordan lah!' hahahaha. So, just dont worry pasal harga lain-lain ke apa ke sebab memang kau takkan dapat. Kahhh!
Takat ni, itu je pengalaman aku selama duk Jordan yang aku boleh kasi. Nanti, kalau aku jumpa aku update kat sini je. Malas nak buat post baru. Untuk yang free hair atau lelaki, sorry lah aku tak boleh nak bagi tips as aku takda pengalaman. Aku tak tahu cukup perit ke tak kalau sinaran tuh melantun atas kepala kau. Haha.
Soo~ Welcome to Jordan :)

Sunday, 17 July 2016
Rehlah Rohloh
Hello evelibodi :)
Menulis is not something easy for me actually. Banyak post yang I wrote and save without publish, which is aku tak rasa kalau ada orang lain suruh aku hadap benda tuh dan aku nak baca *mata kelangit tangan ke bahu* haha. Sebabkan aku sedar diri, aku simpan. Tapi tak kira, aku nak jugak ada blog. Kahhh!
Dahhhh. Lets get started!
On 16th of July 2016 I decided to join Tangisan Syria di Bumi Jordan punya aktiviti as aku pun memang one of their volunteers. 2 busses and 1 coster, maybe around 102 participant ? Around lah, tak tahulah detail program sebab aku memang kuli jee teneneeee~ Macam mana kau biasa bernafas tiap-tiap hari, macam tuh lah biasanya arab buat masalah. Kiteorang order 2 bas, 1 koster tapi yang datang 1 bas, 2 koster. Bila kata salah, depa kata kalau nak tukar koster jadi bas kene tambah JOD 100+ (around RM 550+) Kalah keling dah depa ni aku tengok. Pffffft ~ Sepatutnya gerak 9:30 pagi jadi gerak 10:30 pagi, begitu lahhhhhh hidup kalau dah dengan arab *gun shot*
Aku kata budak arab dengan budak Malaysia sumpah lain. Kita dulu, cikgu bawak pergi zoo punya kalau boleh nak ikat tali kasut pun bagi tahu cikgu suruh tunggu kan. Depa ni kalau leka sikit, sorang dah kat hujung taman beli aiskrim, sorang dah kat atas bukit main pondok-pondok *tepuk dahi* hahaha! Tapi last last nama pun budak kan? Kau redho je lahhh~ tu pun nak berkira. Kahh!
Aku sebelum sampai zoo, eksaited lah jugak as aku bayang zoo depa like at Malaysia. Tapi aku tak cukup bijak menggunakan imaginasi dan pengetahuan aku tentang Jordan. Hahaha! Satu binatang untuk satu kandang, theres no grass and tree at all untuk buat macam " ahhh natural nyaaaa! aku dekat hutan ke nii ?" but only cement untuk mereka meneruskan hidup. Some weird animals are there (of course) like cats and dogs? Which is totally no special breed, atleast? hahaha! Kau pusing tak sampai lima minit, dah habis *tadaaaaaaaa!* Some animal, aku tengok dah macam nak mati. Some animal, kau tengok kaki dia dan kau boleh wonder "boleh ke dia nak bangun atau berlari dengan kaki kurus macam tu?". Some animal aku tengok bulu pun dah tetiba botak sikit kat atas, tetiba botak sikit dekat tepi. Alahaii~ tak tercapai hadaf datang zoo *emoticon gelak berair mata* hahaha!
Gambar gelap sikit as ada backlight asli dari belakang. Tapi kandang macam ni je lah, sebelahnya anjing sebelahnya monyet sebelahnya hyena. Teneneeeee? Ini depan, pusing kiri dekat hujung ada satu lagi line macam dalam gambar dan TAHNIAH kerana anda berjaya habis pusing zoo Jordan! *clapppp*
Semua gaya dah macam pasrah dah dengan apa jadi en. Only in Jordan :) Hiksss~
Apa pun #TSDBJ terbaik buat program macam ni untuk anak-anak Syria. Keep it up! Ehh aku serius ehh takda langsung unsur perli. As depa memang tak pernah tengok zoo Malaysia kann? Kita pernah tengok Zoo Malaysia, lain cerita lah baybehhh. Wish best of luck for them. Good job *thumbs up!*

![]() | |||
| Melayu dia Zoo Al- Yadudah, Amman kot. |

Monday, 20 June 2016
Cerita Umrah :)
Well, hai evelibodi. Welcome :)
Tak tahu nak mula macam mana. satu. dua. tiga. empat. lima. hahahaha. Okay kita mula dengan cerita about myself dulu eah. Kita ambil feeling feeling sebelum berangkat dulu sikit.
Aku dari kecik dah jumpa belambak lambak sebenarnya dengan orang orang yang macam bila tanya tempat idaman, depa angkat tangan semangat gila pastu jawab ''Kaabah!''. Aku dari semangat nak jawab soalan orang tu, lepas dengar jawapan macam tu tak jadi terus lah nak jawab. Nyiaw. Jujur , aku memang tak pernah simpan hasrat nak sampai Mekah. Tak berkongsi rasa macam mana yang lain, rasa macam satu tempat yang lainnya cuma ada Kaabah.
Sampai Jordan, mula dengar budak-budak perempuan belajar sini pergi umrah. Dalam hati "tahun empat kita pegi, time dah nak balik nak balik nanti" Perangai paling solehah sekali kan? hahaha.
Umrah untuk second sem dah bukak dari dua hari lepas. Balik rumah, tak tahu semangat celah batu zaman mana kutip, rasa nak cuba jugak bagi nama. Dalam hati,
"Benda-benda macam ni kan rezeki, kalau ada rezeki mesti dapat. Kalau takda, memang takda."
Pm jugak. Tapi,
''Maaf penuh.''
Pangkah conversation, sambung study. Dalam hati, ''Belum rezeki.''
Esok lusa tengah scroll scroll Facebook, "Ehh, Umrah buka satu bas lagi"
Try pm. Tahu apa? Dapat.
Satu masa aku terfikir,
''Orang lain lama simpan cita-cita nak pergi, tapi sampai sekarang pun belum dapat peluang . Aku pulak tak pernah simpan hasrat yang tahap betul betul rasa nak pergi, sekarang aku dah dekat sini"
Bila terfikir, yang reti masa tu senyap, otak bergerak fikir macam-macam. Besalah, tapi rasa bersyukur. Sampai Mekah, hampir dua hari rasa tak boleh nak doa apa apa selain rasa terima kasih sebab bagi peluang sampai sini tengok Kaabah depan mata. Haha. Budak tak baik sampai jugak Mekah akhirnya ya?
Alhamdulillah.

Subscribe to:
Posts (Atom)