Sunday, 24 July 2016

Summer in Jordan!

     Baru habis exam Usul Iqtisod senanye, rasa macam nak rehat dengan diri sendiri. So membebelah kita jom?

     Aku cuma nak share some tips je untuk siapa-siapa yang ada simpan hajat nak ber'summer' dekat Jordan ni. Tujuan sebenarnya lagi aku tulis post ini, specially dedicated to Zawani Diyana, my bestfriend yang bakal sampai Jordan tak lama lagi. Yayy! So, thanks to her sebab post ni boleh wujud dan blog aku pun ter'update'dengan secara tidak sengaja. haha! Jadi, berikut adalah bebelan saya yang ingin saya kongsikan :

1) Sunglasses.

     Ini bukan kes nak amik gambar lawa gaya mak datin eah. Ini cerita mentari terik masuk mencucuk-cucuk kornea mata kau. Kalau tak bawak tuh, takda lah sampai aku nak menjanjikan buta. Cuma nak cuti-cuti ni, mesti nak semuanya indah iye dok? Nanti nak cerita pun, sedapppp je telinga nak dengar. Selain dari sinaran cahaya yang tidak terkawal, boleh jugak elak kau dari burn tebakaq legam. Atleast kat bahagian mata en? Koffff~

2) UV Protection.

     Sukati lah SPF 80+ pun ikutlah, takkan semua benda aku nak ajar *emoticon muka malas layan* haha. Tapi yang pasti kalau kulit muka kau jenis melamin sangat aktif macam kau, aku nasihat tolonglah sedar diri sebelum kau pulang ke pangkuan keluarga dengan bertitle kan 'satu anak hitam'. Panas dia tuh, takda lah sampai nak berlecak ketiak, cuma peluh tuh ada lah sikit.

     Tapi kalau kau memang jenis hardcore punya orang, takda nak kesah putih hitam ni, tayah bawak lah. Aku ni kes memang dah bukan kalangan cerah, so aku sedar diri siap-siap lah.

3) Aloevera

    Barang ni rare sikit en dengar? For me lah kot. Aku pun baru-baru je kenal fungsi benda ni, lepas kawan aku bising aku tak jaga kulit. Padahal punya flawless kulit aku. Jeles la tuh haha. Benda ni fungsi dia, lepas kau balik masuk rumah lepas kulit kau dah terdedah kepada cahaya matahari secara bebasnya. Dia macam bertindak sebagai 'cooling' haaaaaaaaaaa camtuuuuuuuu~ haha.  Benda ni ikut kau lah, cuma ini aku nasihat kalau jenis kulit cepat burn lah.

4) Baju.

    Sila bawak baju lengan pendek kalau kau stay dekat satu tempat yang tidak ber air cond. Tak payah nak cari pasal tetiba nak pakai baju lengan panjang sangat, apa tak cukup panas ? haha.

    Itu kalau kes dalam rumah lah, ini kes luar rumah pulak. Selagi boleh elak pakai baju lapis-lapis, elak lah. Aku yang gi kelas dengan baju selapis pun, sampai-sampai kelas cari kipas nak bersadai. Kau yang duk jalan bawah matahari, meredah Jordan yang indah apatah lagi kan? Pffft~

5) Kamera.

    Of course lah, kalau kata dah nak jalan. Kalau tak macam mana kenang segala memori indah kita bersama selama disini kan? Hukssss~ haha Apa yang aku maksudkan kat sini is, kalau kau nak redah wadi-wadi (lembah) yang ada kat sini *ohh selain Wadi Rum la*, bawak lah accesories kamera yang betul.

     Satu, of course yang water resistance dah kata pun nak masuk wadi kan? Dua, kalau dapat yang lekap kat badan pun okay, as nanti kau nak berenag nak melompat apa semua, tak terdaya pun kau nak pegang. Kalau takat ada camera water resistance tapi takda benda yang boleh buat dia tak lari dari kau, last-last kau kene tinggal jugak kamera kau dalam bas. Sia-sia segala usaha kau selama ni. Haha.

6) Ini Jordan lah!

     Untuk entrance ticket apa semua, kau boleh beli terus dekat tempat kejadian bila kau dah sampai nanti. Jordan is not Europe sebab Jordan masih Jordan. Haha. Kalau dekat Europe kau boleh dapat ticket entrance lagi murah kalau kau beli online dan awal, tapi 'Ini Jordan lah!' hahahaha. So, just dont worry pasal harga lain-lain ke apa ke sebab memang kau takkan dapat. Kahhh!

Takat ni, itu je pengalaman aku selama duk Jordan yang aku boleh kasi. Nanti, kalau aku jumpa aku update kat sini je. Malas nak buat post baru. Untuk yang free hair atau lelaki, sorry lah aku tak boleh nak bagi tips as aku takda pengalaman. Aku tak tahu cukup perit ke tak kalau sinaran tuh melantun atas kepala kau. Haha.

     Soo~ Welcome to Jordan :)

No comments:

Post a Comment