Plannya nak short trip aje, nak mudah dan murah. Dari plan nak pergi Indonesia atau Thailand, last-last sampai ke China 😂 siap kena buat visa, aduhai betul. Boleh tiba-tiba tersesat kat sini pun sebab ayah yang recommend, kalau tak memang tak pernah dengar pun nama tempat ni haha.
So dengan hebatnya,
Sabtu malam beli tiket, flight sabtu depan.
Ahad seharian lepak McDonald untuk buat itinerary sebab nak apply visa.
Isnin gerak Kuala Lumpur untuk buat visa.
Isnin gerak Kuala Lumpur untuk buat visa.
Sungguh, walau satu saat kami tak membazir masa 😂
Dalam lebih kurang pukul 1 petang kiteorang sampai dekat tempat untuk buat visa kiteorang ke China. Bila dah berdiri depan kaunter, di mintak nombor giliran, segala borang dengan paspot. Masa dia belek-belek paspot aku dia tanya,
👩 "Ni kenape?"
👧 "Kena toner muka masa jalan hari tu" jawab aku.
Dia belek lagi. Dia bangun dari kerusi, jalan ke arah belakang untuk tanya dan datang balik duduk dekat kerusi depan kiteorang. Aku dah mula berdebar.
👩 " Saya sarankan awak untuk renew paspot awak."
👧 "Ohh, ada masalah apa ya?"
👩 "Paspot awak dah terkena air, jadi kami bimbang kalau paspot awak dah rosak. Kalau paspot rosak prosedur seterusnya akan terbantut."
👧 "Ohh selama ni, saya ada jugak pakai paspot yang sama untuk masuk dan keluar negara."
👩 "Kiteorang boleh proceed, cuma awak kene sign kertas ni tanda awak setuju untuk bayar service charge even awak tak dapat visa awak ke China selepas 4 hari."
Hmm~ drama apa pulak last-last minit ni 😭 Rasa geram yang nak nangis tu hahahaha. Bincang punya bincang depan kaunter, last decide kene jugak renew paspot sebab kalau tiba-tiba betul cip paspot rosak, apa pun tak dapat. Visa tak dapat, gerak China tak dapat, holiday tak dapat, flight batal, tiket train segala hotel pun membazir begitu sahaja.
Hari ni dah Isnin, patut visa dapat Khamis. Sabtu dah flight. Ini dengan nak renew paspot, nak ke KL semula untuk hantar borang visa, nak menunggu visa siapnya lagi. Aku dah macam takda mood holiday dah, tapi fikir travelmate takkan gerak sorang dengan duit flight, train dan hostel apa bagai gerakkan jugak lah kaki tangan walau muka dah sememeh putus asa nak holiday haha.
Balik dari tempat buat visa, aku terus gerak Pejabat Imigresen Jalan Duta untuk renew paspot. Sampai dah dalam pukul 3:30pm, waktu pejabat habis pukul 5. Haruuu~ Bila tunjuk paspot,
"Betullah, rosak dah paspot awak ni."
Dalam hati, ada je lah bahagian yang lega sebab nasib baik decide nak renew paspot. Kalau tak? Tak drama 40 episod?
Aku pergi belah renew paspot rosak. Aku baca-baca dalam internet, prosedur biasa akan amik masa 5 hari bekerja baru boleh dapat paspot baru. Aku dah berserah, apa nak jadi sukati lah. Dah bersedia je kalau tak dapat pegi China.
Sampai depan kaunter,
👩 " Ya selamat petang."
👧 " Selamat petang. Paspot saya kene air, jadi saya nak renew. Boleh kan?"
👩 "Boleh, tapi nak renew paspot yang rosak akan ambil masa 5 hari bekerja."
👧 "Hmm macam ni, flight saya Sabtu ni untuk ke China. Saya perlukan visa untuk masuk ke China. Tak boleh ya kalau nak dapat dalam minggu ni jugak?"
👩 "Ni prosedur kami dik, prosedur memang akan amik masa 5 hari bekerja. Untuk buat visa ke China ada kan express line?"
👧 "Ya, paling lambat hari Khamis sebab express line dua hari"
👩 "Camni lah, awak ambil borang ni, balik awak buat surat rayuan. Cuba pergi ke Pejabat Imigresen Putrajaya kalau dapat."
👧 " Okay, terima kasih."
Aku pun balik dengan hampanya dan keyakinan tiket aku ke China akan menjadi debu tanpa api kahkahkah.
**********
Besoknya, habis je solat Subuh aku keluar. Apa yang penting? Aku orang pertama ambil nombor dekat Pejabat Imigresen Putrajaya, Tak settle jugak, memang kita nangis je lah haha.
👨 "Selamat pagi. Ada masalah apa?"
👧 " Paspot saya rosak terkena air."
👨 " Okay, prosedur akan amik masa 5 hari untuk renew paspot awak. Ada masalah?"
👧 " Hmm, flight saya Sabtu ni ke China. Jadi saya perlukan visa sekurang-kurangnya Khamis ni. Semalam lepas balik dari tempat buat visa, saya terus ke Pejabat Imigresen Jalan Duta tapi dia suruh refer sini untuk settle up"
👨 "Kami yang buat undang-undang 5 hari tu, jadi sini ke sana takda beza. Kenape undang-undang China awak boleh ikut, undang-undang Malaysia awak tak boleh ikut?"
Aku senyap. Masalah dah cukup banyak aku nak layan. Tak larat dah nak tambah lagi satu. Ikutlah apa pun, aku dah tak kesah.
👧 "Jadi apa yang saya boleh buat ye Encik?"
👨 "Awak duduk dulu, nanti saya panggil."
👧 "Okay, terima kasih"
Aku macam positif je sepatutnya boleh siap dalam hari yang sama sebab paspot aku bukan hilang, cuma aku cuai terkena air sikit. Tapi kalau dah centu dramanya tiba-tiba aku macam tak harap apa sangat lah.
Atlast, paspot aku siap hari yang sama. Terus aku rempit gi KL, settlekan terus visa aku. Alhamdulillah semua benda aman dan sejahtera.
So pengajaran dari drama aku ialah kalau paspot terkena air walaupun sikit, konfemkan dengan mana-mana pihak yang tahu pasal paspot kau. Lepas paspot aku terkena air, aku guna paspot aku
- Keluar dari Itali
- Masuk ke Taiwan
- Keluar semula dari Taiwan, masuk Malaysia
- Masuk Sarawak
- Keluar semula dari Sarawak, balik Semenanjung
- Masuk Thailand
- Keluar semula dari Thailand,masuk Malaysia
Aku macam tak kisah sangat lah orang imigresen selain negara Malaysia takda tegur apa pasal paspot aku, tapi aku macam agak tak boleh terima lah orang imigresen Malaysia langsung takda tegur pasal paspot aku, walau sorang. Ya, ada salah aku sebab tak tahu paspot akan rosak kalau kene air walau sikit tambah-tambah kalau terkena dekat cover belakang. Sebab selama ni aku baca dekat muka surat belakang tu pasal kalau panas terlampau je, so lain-lain aku tak tahu. Bagi aku, as orang yang memang kerja settle paspot takkan tak tegur langsung. Aaaaaaaaaa aku sedihhhh hahahahhaha over tak? Tapi serius lah aku macam kecewa gila, orang negara lain pulak yang menyedarkan aku. Itu nasib baik aku sempat settle visa, kalau tak sempat? Tak meraung ratus-ratus aku habis sia-sia.
Kalau ada orang imigresen yang jaga paspot ada terbaca, kalau saya salah faham boleh terangkan dekat komen. I really appreciate it 😁
So sentiasa lah jaga paspot anda seperti anda menjaga barang kesayangan anda. The end.




