Wednesday, 7 August 2019

Double Identity?

     Currently teaching english subject dekat sekolah rendah. Weird enough kan? Haha. Mula-mula macam blurghhh jugak lah, rasa macam

          "Why english out of all subjects in the world?" 

     Tapi I just give it a try lah plus memang tengah miskin dan cuti sem pun, so why not kan? Tapi sebenarnya dalam masa yang sama ada lah jugak doa-doa dalam hati agar pelajar-pelajar ini dilindungi dari ajaran karut lagi sesat HAHA. Heyyy it's still confusing kot when we talk about grammar, I mean all the details and such. Okay aku bagi satu contoh kekonfusian yang aku buat sekali masa mengajar haha (jangan bocor rahsia okayyy dekat parents bebudak tu HAHA!)

***          My favourite animal is a _______

Lepas tu aku macam terfikir, dengar dekat mulut macam okay tapi betul ke maksud dia. Ke kena plural baru include semua binatang tu (maksud aku macam, kalau aku suka kucing -- aku bukan suka satu kucing je, tapi semua kucing)

             My favourite animals are _______

Ni pun dengar dekat mulut pun macam okay je kan? Tapi aku rasa macam something off jugak. Last-last aku buka Mr.Google dan jawapan yang paling tepat adalah 

             _____ are my favourite animal.

     Haha! Tapi kan, even omputih duk bincang benda ni dan panjang so takdalah rasa jahil sangat cuma tu lah besoknya aku cakap je dengan murid semalam teacher tersalah so hari ni semua kene padam buat ayat baru haha! Sorry ampun but this should be better than ignore je hahaha tak ke? But yeah I knowww~ my mistakeee opsss

     Ohh panjang muqaddimah aku is is isss~ benda nak ceritanya adalah > saya adalah seorang ustazah hihi. Kadang-kadang beberapa budak terlepas jugak panggil ustazah, pastu aku pandang je lah sambil senyum

          "Teacher lah. Mana ustazah?" budak gelak je.

     Pernah jugak dapat,

          "Assalamualaikum ustazah" dari budak yang aku tak ngajar bila depa berselisih dengan aku haha layannn 😝

Respon aku?
Senyum.
Dalam hati, lega.

     Padahal dulu boleh-boleh tanak budak yang aku ajar panggil aku ustazah haha (excuse my behaviour duhhh haha). Ohh, dan tiap kali tu jugak aku akan

          "Atleast my 'ustazah'ness is still here somewhere around me. Takdalah khianat sangat."

      Jujurnya kan, aku pergi sekolah pakai tudung 45 je sebab tudung 50 aku ada warna hitam je yang jadi (yang lain khianat tuan) dan usually memang aku pakai selendang je sebab senang tak payah nak cari tudung bidang. Pergi sekolah ni takda lah nak tibai hari-hari hitam sangat pun, dedulu baju hijau oren pun aku tibai je tudung hitam tapi sekarang dah dewasa tiberrrrr haha. Fine fine, point aku kat sini even tak tudung bidang pun people still called me ustazah -- SO IM A REAL USTAZAH KAYYY haha. Im not even make any effort to look like one pun, but tadaaa here I am a real ustazah haha.

   
     Okay ustazah inside out mengundur diri dahulu. Semoga ustazah berjaya dunia akhirat dan bahgia juga kaya-raya. Aminnn haha terima kasih atas masa yang anda luangkan disini. Semoga bertemu kembali. Baiii~

   

Saturday, 20 July 2019

My purse was STOLEN!

     Belum sebulan pun jadi cikgu dah ada drama. Siapa je boleh pisahkan rasyiqahaina dan drama?

     My purse was stolen wehhh! And what is more shockinggg cuba teka apaaa? Budak darjah satu yang mencuri. Yes, budak yang umur baru tujuh tahun tu yang tinggi pun belum cecah bahu aku (ye aku pendek). Drama kannn? BIGGG DRAMA.

     Kejadian jadi hari Selasa lepas (16.07.19). Kelas ni memang kelas nakal, kalau masuk kelas diorang tak marah-marah memang ajaib lah aku kata. Aku tak tahu lah korang nak bayang macam mana punya tinggi petala tahap nakal diorang tu, tapi ringkasnya masa mula-mula aku masuk sekolah dah ada cikgu warning pasal budak-budak kelas tu,

          "Aina budak kelas tu kene jaga lebih sikit tau"

     Pernah sekali masa awal-awal dulu, bebudak tu boleh dia lari keluar kelas dari pintu belakang? Oh no mannn~ aku takda kuasa Flash dari depan tiba-tiba nak ke belakang sepantas satu dua tiga haha. Memang tak laaa sempat nak berlari berkejaran bersama mereka, diorang punya tenaga berganda dari kita-kita ni. Lepas tu kau rasa dia akan lari sekali je ke macam mana? Harapan tinggal kenangan. Dah aku tangkap bawa masuk kelas, kunci pintu atas bawah pun tak jadi apa bebudak ni 💆 Aku baru jalan ke depan, pusing belakang tiba-tiba bebudak ni dah lesap, kunci selak dah terbuka atas bawah, pintu dah terbuka luas. Fuhhh~ hari tu aku balik memang baring je terus tertido weh. Gila habis salute rapat ke dinding aku dekat cikgu-cikgu start hari tu haha.

     So, pada satu pagi yang hening burung berkicau indah aku masuk lah kelas depa dengan penuh risau tapi masih punya harapan supaya depa-depa ni hari ni baik-baik belaka dengar apa cikgu cakap, tak buat hal sangat, rajin buat kerja. Walaupun aku tahu semua tu hanya harapan palsu, tapi apa salahnya berharap kan selagi mana berharap tu free haha 😝

     Tengah-tengah aku ngajar depa ni, ada sorang budak dari awal kelas dia duk baling-baling batu ke depan dari belakang. Aku dah warning 10 kali pun dia buat tak faham, memey aku geram la kann~ Aku jalan ke belakang, terus dia lari pusing kelas. Last-last aku suruh 2-3 orang budak pegang dia, settle. Aku tanya dia,

          "Kenapa baling-baling batu dalam kelas?"
          *Dia buat tatau je dengan aku"
          "Teacher ada suruh baling batu ke?"
          *Aku masih bercakap sorang-sorang*
          "Teacher ada cakap kan tadi jangan baling batu?"
          *Dan masihhh berkeseorangan...*

     Habis tu aku suruh dia duduk, tapi dia lari. Sempat aku pegang tangan dia (haaaa nasib baikkk 😭) tapi of course lewww dia melawan. Last aku pegang dua-dua (terpaksa babe) sebab tangan dia satu lagi dah mengumpal dah sedia nak tumbuk aku babe. Sempat je dua kali dia nak attack, nasib baik aku belajar silat *tiberrr haha* jadi sempat lah aku menangkap tumbukan yang diaju khas untuk aku tu. Dah reda sikit tu, aku lepas tangan dia. Dia duduk atas lantai. Satu saat je lepas tu kaki dia duk sepak-sepak kaki aku, last-last aku tahan je pakai kaki (eh aku tak balas okay, aku cuma tahan hahaha). Wehh apa lagi pilihan aku ada, aku pun ada hak sebagai seorang manusia untuk melindungi diri tau hahaha. Ingat teacher tak terancam ke? Kahkahkah. Okay sekarang ni dah petala keberapa dah korang bayang nakal depa? haha.

     Dah settle-settle budak ni, aku pegi lah balik ke depan nak sambung ngajar. Baru 10 saat aku bukak mulut, tiba-tiba ada budak mengadu

          "Teacherrr! 'A' curi beg duit teacher!"

     Tangan satu angkat purse, tangan satu lagi tunjuk kearah pesalah bawah umur (iaitu A) yang baru je commit sin tu. Tiga saat. Tiga saat aku tengok purse tu, dalam hati

          "Kenapa aku macam kenal purse tu?"

     Pastu terus macam "Ehh beg duit aku tu." Terus aku ke gerak ke belakang dalam keadaan masih tak percaya. Wehh boleeehhh dia pegang barang cikgu? Berani weh, super duper berani. Aku dalam hati asyik duk terfikir macam mana dia boleh berani gila nak pegang barang cikgu. Berani pegang barang-barang personal cikgu memang next level weh, setuju kan? Dapat beg duit tu terus aku tengok ada barang hilang ke tak. Luckily, pesalah bawah umur tu tak sempat buat apa-apa.

          "Kenapa awak amik beg duit teacher?"
          "B suruh saya amik."

Aku pandang B. Memang B budak nakal pun, sekali geng la tu. B pulak duk nafi dia tak suruh. Tapi ahhh aku tak heran, aku nak jawapan dari pelaku.
     
          "Awak jangan nak tipu teacher. Kenapa awak amik?" Dia balas dengan pandangan je.
          "Boleh awak ambil beg duit teacher? Teacher tak kira, kali ni teacher betul-betul nak cakap dengan Cikgu (PK HEM). Selama ni awak buat hal, teacher boleh lagi nak diam. Dah sentuh barang teacher memang sorry."

     Habis soal siasat aku kedepan, masa pun dah nak habis. Aku bebel seminit dua, loceng bunyi. Turun je bilik guru, aku duduk. Aku pikir, betul tak aku nak bawak kes ni sampai PK HEM sebab selama ni ada je kes-kes yang aku rasa kena je bagi tahu tapi aku boleh buat rilek sebab macam "biasa lah budak". Tapi aku rasa kes kali ni big deal (atleast bagi aku). Last aku bangun jumpa penyelaras tahun 1. Bila dia dengar je terus dia berdiri

          "SERIUSSS? Awak tangkap gambar tak?" Aku tak terfikir pulak tadi haha.

          "Budak tu memang tau! Sekolah call mak dia cakap pasal anak dia, asyik tak percaya kata anak dia baik takda buat hal. Patutnya awak tangkap gambar biar ada bukti."


     Bla.. bla.. bla.. besoknya aku dengar ayah B datang tapi parents A menghilang tanpa berita. Sampai hari ni aku tak boleh brain macam mana dia boleh berani pegang barang cikgu. Hebat terlampau hebat keberaniannya. Aku rasa keadaan masih terkawal sebab dia tak sempat ambil apa-apa. Cuba kau bayang tiba-tiba masuk bilik guru cari beg duit takda? Tiba-tiba jumpa tengah dataran bersepai sendirian kosong. Pergh~

     Tak pernah terlintas sekali pun dalam otak aku nak ambil barang cikgu. Aku rasa dia boleh ada rasa nak 'ambil' barang cikgu pun memang dah something wrong sangat dah, sebab tu last-last aku decide untuk bagi tahu jugak. Kalau biar memang melarat tak terkawal, konfem.

     Ohh cerita ni ada plot twist haha. Budak yang mengadu bagi tahu purse aku kene curi tu adalah budak yang sepak tumbuk aku beberapa saat yang lalu hahaha! Memasing sesuci putih bersih lagi je hati, semoga lah mamasing membesar jadi budak baik-baik.

     Okay dah, sekian melaporkan.





Saturday, 29 June 2019

Guru Ganti

     Hellooo~

     Lama tak meng'update' blog. Banyak sangat je dalam draft tapi tak terpublish-publish tak tahu lah kenapa. Bila baca-baca balik benda-benda yang ditulis best jugak ada blog ni, sebab banyak je benda yang kita tak ingat in details -- bila baca, pastu terus teringat balik satu-satu.

So, walaupun malas je nak menulis tapi LETS DO IT GUYS! haha tiberrr~

     Dapat jadi guru ganti ni, lepas dah hantar borang permohonan ke PPD dan interview kat sana. Hari aku interview tu, dia terus tanya

          "Bila awak boleh start ni? Esok boleh?"

     Nganguk laju leee aku, alang-alang dah nak cuti sem ni. 19/06/19 (Rabu) aku interview, 20/06/19 (Khamis) aku start kerja sebab cikgu yang aku nak ganti ni dah start cuti minggu lepas. Tapi kau tahu apa? Punya 'ong' teruk aku, rupa-rupanya hari Khamis tu ada sambutan Hari Guru dekat sekolah tu 😂 Layannn~ tapi akward teruk pun ya jugak hahaha. Logik lah, dengan takda siapa kenalnya tiberrr duduk sekali dengan cecikgu. Apakah? Tapi dengan kuasa ignorance aku, aku lantokkan je mata-mata yang menyinggah ke aku. Alaaa~ takkan laaa tak biasa ada cikgu ganti atau cikgu baru masuk en? Kemonnn genggg~ cewah padahal aku je rasa big deal, diorang melepak takda rasa apa pun en 😋 Kesimpulannya, hari first aku berakhir dengan langsung takda kerja dan tekanan malahan membawa pulang perut yang penuh terisi makanan lazat. Indah bukan?

     Besoknya aku datang sekolah dengan penuh tak percaya,

          "Serius laaa aku jadi cikguuuu"

     Sedetik pun tak pernah terfikir, tibaaa muncul depan mata. Hari kedua ni, dia real sikit lah sebab jamuan waktu suka-ria pun dan habis kan. Sampai sekolah, aku tunggu kejap pastu GPK panggil masuk bilik untuk terangkan semua benda, antaranya:

1) Kene minta info dari guru yang aku ganti tu pasal buku kerja, buku tulis, lesson plan etc etc.
2) Suruh aku rujuk panitia subjek untuk ajar dari tajuk mana sampai tajuk mana.
3) Cerita pasal APDM untuk kehadiran murid (ohh aku jadi guru kelas weh, tak pasal en? haha)
4) Pass jadual kelas dan persendirian
4) Dan selaga macam hal contoh nak contact siapa kalau murid ada masalah, nak contact siapa untuk itu untuk ini.

     Secara basicnya, aku dah dapat lah. Tapi hakikatnya, there's A LOT of things yang kau kene tahu untuk jadi cikgu abad-21 ni weh which is sejujurnya sampai hari ni aku tak khatam pun semua lagi. Dengan RPH nya, PdPc nya, APDM nya, SPC nya, PBD nya, entah kebenda lagi yang aku pun tak tahu apa maksudnya haha. Itu belum campur dengan aku jadi guru kelas lagi 😆 ada pulak sambutan Hari Raya, tak cukup tu tambah lagi dengan Hari Report Card nya uhui! Goodluck rasyiqahaina *pat my own shoulder*. Ohh, aku ngajar tahun 1 jadi probability untuk aku bertukar menjadi Hulk tu peluangnya lebih besar dan terbuka luas. Lepas ni kalau lahir lagi satu Siti NurHaliza kau jangan pelik okay? Hari-hari berlatih high pitch ni haha 😋

     Aku macam takda cerita je kan sebenarnya kahkahkah. Nanti habis 3 bulan, aku upload semua worksheet yang aku buat dan bagi depa dalam blog ni. Wait for it ya~ Okay dah baiii~