Saturday, 29 June 2019

Guru Ganti

     Hellooo~

     Lama tak meng'update' blog. Banyak sangat je dalam draft tapi tak terpublish-publish tak tahu lah kenapa. Bila baca-baca balik benda-benda yang ditulis best jugak ada blog ni, sebab banyak je benda yang kita tak ingat in details -- bila baca, pastu terus teringat balik satu-satu.

So, walaupun malas je nak menulis tapi LETS DO IT GUYS! haha tiberrr~

     Dapat jadi guru ganti ni, lepas dah hantar borang permohonan ke PPD dan interview kat sana. Hari aku interview tu, dia terus tanya

          "Bila awak boleh start ni? Esok boleh?"

     Nganguk laju leee aku, alang-alang dah nak cuti sem ni. 19/06/19 (Rabu) aku interview, 20/06/19 (Khamis) aku start kerja sebab cikgu yang aku nak ganti ni dah start cuti minggu lepas. Tapi kau tahu apa? Punya 'ong' teruk aku, rupa-rupanya hari Khamis tu ada sambutan Hari Guru dekat sekolah tu 😂 Layannn~ tapi akward teruk pun ya jugak hahaha. Logik lah, dengan takda siapa kenalnya tiberrr duduk sekali dengan cecikgu. Apakah? Tapi dengan kuasa ignorance aku, aku lantokkan je mata-mata yang menyinggah ke aku. Alaaa~ takkan laaa tak biasa ada cikgu ganti atau cikgu baru masuk en? Kemonnn genggg~ cewah padahal aku je rasa big deal, diorang melepak takda rasa apa pun en 😋 Kesimpulannya, hari first aku berakhir dengan langsung takda kerja dan tekanan malahan membawa pulang perut yang penuh terisi makanan lazat. Indah bukan?

     Besoknya aku datang sekolah dengan penuh tak percaya,

          "Serius laaa aku jadi cikguuuu"

     Sedetik pun tak pernah terfikir, tibaaa muncul depan mata. Hari kedua ni, dia real sikit lah sebab jamuan waktu suka-ria pun dan habis kan. Sampai sekolah, aku tunggu kejap pastu GPK panggil masuk bilik untuk terangkan semua benda, antaranya:

1) Kene minta info dari guru yang aku ganti tu pasal buku kerja, buku tulis, lesson plan etc etc.
2) Suruh aku rujuk panitia subjek untuk ajar dari tajuk mana sampai tajuk mana.
3) Cerita pasal APDM untuk kehadiran murid (ohh aku jadi guru kelas weh, tak pasal en? haha)
4) Pass jadual kelas dan persendirian
4) Dan selaga macam hal contoh nak contact siapa kalau murid ada masalah, nak contact siapa untuk itu untuk ini.

     Secara basicnya, aku dah dapat lah. Tapi hakikatnya, there's A LOT of things yang kau kene tahu untuk jadi cikgu abad-21 ni weh which is sejujurnya sampai hari ni aku tak khatam pun semua lagi. Dengan RPH nya, PdPc nya, APDM nya, SPC nya, PBD nya, entah kebenda lagi yang aku pun tak tahu apa maksudnya haha. Itu belum campur dengan aku jadi guru kelas lagi 😆 ada pulak sambutan Hari Raya, tak cukup tu tambah lagi dengan Hari Report Card nya uhui! Goodluck rasyiqahaina *pat my own shoulder*. Ohh, aku ngajar tahun 1 jadi probability untuk aku bertukar menjadi Hulk tu peluangnya lebih besar dan terbuka luas. Lepas ni kalau lahir lagi satu Siti NurHaliza kau jangan pelik okay? Hari-hari berlatih high pitch ni haha 😋

     Aku macam takda cerita je kan sebenarnya kahkahkah. Nanti habis 3 bulan, aku upload semua worksheet yang aku buat dan bagi depa dalam blog ni. Wait for it ya~ Okay dah baiii~

No comments:

Post a Comment