Beza aku dengan manusia-manusia lain, aku nak kasi HONEST REVIEW untuk korang, supaya tak payah bazir duit, bazir masa, bazir tenaga untuk makanan yang tak worth untuk semua itu.
1. KUIH KERIA ANTARABANGSA LIMBONGAN
Pagi tu, aku nak keluar sarapan. Alang-alang dah lewat kemain nak sarapan, aku gerak pergi kedai ni dulu sebelum pergi sarapan. Sampai-sampai YAYY takda line langsung, kuih keria pun memang berdulang-dulang lagi dekat kedai dia. Sebab ada orang kata, dia beratur sampai sejam kadang sampai 2 jam pun ada.Sebiji kuih dia RM0.60, so kalau beli 10 biji dapat lah RM6.00. Aku decide nak beli 20 biji sebab aku baca kat blog and review depa kata memang tak cukup lah kalau beli 5-10 biji. Alahh RM 12 pun kan, soo kita layankan ajaaa~
Masuk kereta dengan penuh rasa bahagia sebab tak perlu beratur panjang, aku pun suap satu biji dalam mulut. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnn aku hampa hahahahha. Sebab aku rasa keria yang kakak aku buat kat rumah lagi sedap kahkahkah. Tapi korang jangan bayang tak sedap, dia takat biasa biasa je lah bagi aku. Takda lah seperti yang aku bayangkan. But still, bila aku tanya kawan aku depa respon POSITIF. Soooo maybe bagi mulut aku bendanya tak kena.
Pengajaran untuk korang, datang awal. Korang try dulu sebijik dua dekat kedai dia (p/s: nanti bayar lah, bukan free kahkahkah) pastu baru korang decide nak beli berapa biji hokaayyy~
2. ROTI CANAI KAYU ARANG
Tak dinafikan cara pembuatan dia sangat lah rare. Roti canai yang kau akan suap dalam mulut kau akan dibakar dengan arang instead of dapur api yang biasa tu. Even depa bakar roti canai atas arang, service diorang aku puas hati. Tak lambat dan okay okay sajaaaa, so tak payah risau lambat ke cane.
Dapat je roti canai, dengan eagernya aku mencobek roti canai untuk merasa kehebatan dan keunggulan rasa yang mantap dan hebat itu hahaha. Namun begitu sekali lagi, ku rasakan ini semua biasa biasa sahaja. Aku lagi suka makan roti canai mamak, bagi aku lah. Selain rasa roti canai, melayu, struktur roti canai juga agak tebal (api takda lah gegilaa punya tebal, tebal sikit lah berbanding dengan mamak kahkahkah).
Tapi still lah, boleh lah kalau nak merasa merasa.Rasa dia macam biasa je, cuma still roti canai tu cara masak dia rare. Usaha depa kau kene hitung juga. Roti kosong, sebiji RM 1 sahajaaaa, tidak mahal pun. Tidak perlu lah anda khuatir bank anda akan kosong dek kerana sebiji roti canai. Hikss~
3. NASI LEMAK SRI MORTEN
Ekceli memula aku tak tahu pasal tempat ni, ayah aku yang suggest tempat ni. Start bukak pukul 5pm, kebetulan kiteorang ronda kampung Morten pun dalam area tu. So masa kiteorang singgah kedai tu, orang sangat lah sedikit dan tak perlu menunggu.
Aku boleh kata, okay lah kalau nak try kedai ni. Bukan lah the best Nasi Lemak in the world, tapi bagi aku cara depa serve beza dengan kita yang kat KL. Jadi aku puas hati dengan apa yang aku dapat. Ewah-ewah hahaha. RM 6 sahaja satu pinggan, murah kan? Nasi dah habis, lauk ada lagi tak ke heaven tu hahaha.
Ohh nasihat aku, datanglah awal, masa kiteorg nak balik tu kedai dia dah start ramai orang. Pastu aku tengok memasing menunggu order masing-masing. Pekerja ada dua je, depa lah yang ambil order, depa lah yang potong ayam, depa lah yang pergi serve pelanggan, depa lah yang settle duit. Jadi goodluck lah yeee~
4. CENDOL DURIAN (Depan masjid Al-Alami, MITC)
Senang nak cari kedai ni, gerai dia macam gerai yang jual atas lori tu. Korang waze je Masjid Al-Alami tu, nanti korang akan jumpa kedainya. Macam biasa, kedai ni aku jumpa bila aku duk baca-baca makan yang sedap di Melaka. Papp aku jumpa ada orang recomend kedai dia, aku pun alang-alang adik aku duk sibuk nak makan cendol durian jadiiiiiii kiteorang pun mencuba lah.
Rasa dia okay, aku boleh terima. Tapi benda yang aku tak boleh terima --> harga dia hahaha. Kiteorang makan 2 cendol durian dengan satu cendol jagung, total 17 ringgit. Cendol dia saiz tak besar, dan harga nak dekat 6 ringgit tu macammmmmmm over sikit lah bagi aku. Tapi, kalau nak cuba dipersilakan ajaaa~
5. HAJJAH MONA ASAM PEDAS
Aku tak reti rate, tapi ayah aku kata dia bagi B+ dah nak dekat dengan A- haha. Dia serve nasi kosong dengan tauge dan telur masin. Ayah aku kata,
"Haaaaaaaaa, ini baru asliiii"
Asam pedas dia bagi aku terlebih masam sikit, tapi takdalah yang sampai tak sedap. Cuma masam dia terlebih sikit. Hahaha.
6. BIG BOWL ICE
Siapa yang kenal aku personally, memang tahu aku suka makan bebenda yang macam ni. Of coursee laaaaa aku puas hati dengan depa ni. Dah lah menu banyak gilaaaaaaaa sampai pening kau nak pilih. Pastu service dia laju gilaaaaaaaaa macammm masa order aku sampai tu aku terkejut gila dah siap. Fuhhh, lajuuuu mantapp sangat.
Masa aku gerak tu, aku cari dalam waze dengan google map, dia kata kedai ni tutup. End up aku decide nak call (dapat number dari insta depa), berdering dua tiga kali terus dia angkat wehhhh~ puas hati gilaaa aku dengan kedai depaaaa.
Soooo aku recomennnddd jeee kedai nii kat koranggggggg haha. Selamat merasa dan memenuhkan perut dengan gembiranyaaa~
Takat kali ni, itu je aku sempat nak merasa. Lain kali aku mai, aku isi perut lagi. Hikss~Bai.
p/s : Makan Sedap di Melaka. Makan Best di Melaka. Makanan yang Perlu Cuba di Melaka. Nak makan apa di Melaka. Senarai Makanan di Melaka.
















