"Kakak dah siap pack ke belum tu?" jerit ibu dari dapur yang sedang sibuk menyiapkan bekal buat aku.
"Sikit lagi bu" balas aku sambil memasukkan barang-barang terakhir sebelum bergerak ke KLIA (Kuala Lumpur International Airport). Adik beradik aku yang lain juga sedang bersiap-siap. Gamaknya seperti aku sahaja yang belum bersiap.
"Itulah last minute, ibu dah pesan semalam siap-siap terus beg. Nanti ada lah tu barang yang tertinggal itu ini. Ini bukan macam kakak dekat asrama dulu tau. Kalau dulu barang tetinggal..." pastinya bebel ibu tidak hanya terhenti saat itu. Aku dari luar hanya tersenyum
"Memang salah aku" getus hati.
Akhirnya semua barang siap dimasukkan ke dalam bonet kereta. Aku masuk ke dalam kereta, sambil mata dibiarkan menatap rumah kecil tempat aku memaknai kehidupan bekerluarga. Ayah masih dihalaman rumah memastikan semuanya dalam keadaan baik. Perasaan sayu, aku simpan dalam hati.
"Kaunter mana ni kakak check-in?" tanya Ayah sambil matanya melilau melihat kalau-kalau ada kelibat yang dikenali. Adik-beradik lain hanya menurut.
"Ha tu kawan kakak! Kumpul kat sana kot." teriak aku. Langkah terus menuju ke arah sekumpulan pelajar yang kebanyakannya bertudung labuh dan berkopiah. Deringan telefon bertalu-talu masuk, dari kawan yang rapat hingga ke kawan yang tak pernah contact semuanya mengucapkan selamat tinggal pada aku dan tidak lupa juga ditambah dengan sedikit pesanan cukup rasa kasi suasananya lebih feel gitu. Tepat pukul 10 malam, kapal terbang berlepas. Pemandangan ketika itu menakjubkan!
Perjalanan lebih kurang 12 jam tamat dengan mendaratnya pesawat Royal Jordanian 181 di Queen Alia International Airport (QAIA), Jordan. Badan yang penat tidak menghalang mata aku untuk berkeliaran melihat sekeliling lapangan terbang, hati seakan masih tidak percaya aku di sini. Kawan-kawan yang lain juga tidak ada bezanya dari aku jakunnya. Hand carry yang hampir 15 kg aku angkat sekuat daya. Padahnya berdegil mahu juga bawa semuanya kesini.
"Boleh tahan cantik" getus aku. Kaki bergerak mengikut papan tanda baggage claim. Selesai dengan beg kargo, masing-masing terus terburu ke tandas mengambil wudhu kerana jam sudah menunjukkan pukul 6;30 pagi. Ketika aku masuk ke tandas, sudah 2 hinga 3 orang beratur untuk mengambil turn menunaikan hajat masing-masing yang disimpan rapi sepanjang perjalanan, mungkin. Haha.
Suasana agak riuh ketika itu, aku pun tidak pasti kenapa. Mungkin kerana lega, mungkin juga kerana kepenatan. Tiba-tiba keluar seorang makcik cleaner dari Toilet 3, memegang mopnya sambil mulutnya tidak berhenti bercakap. Aku pandang dengan pandangan kosong. Bebelannya disambut lagi oleh kawan sekerjanya sambil memandang kami dengan pandangan yang tidak cukup manis aku kira. Rupanya, dia baru habis mengemop lantai tandas yang digunakan oleh pelajar melayu kerana basah.
"Dekat Malaysia lantai tandas boleh basah, sorry makcik" aku berkata sendirian. Kawan yang di hadapanku tergelak kecil.
Selesai solat Subuh di QAIA, kami keluar ke balai ketibaan. Di sana, Senior Universiti Al Al-Bayt sudah bersiap sedia menyambut kedatangan kami. Selepas selesai sesi fotografi, kami bersiap bergerak ke Mafraq. Sesekali, aku melemparkan pandangan ke luar tingkap memerhati satu per satu manusia, bangunan, suasana sekitar.
"Lain" hanya itu yang terlintas.
"Ingat azam kau dekat sini. Jangan pernah kau lupa" gertus hati kecil sambil mata aku pejam.
Bersambung...