Friday, 3 February 2017

Tips masuk Raudhah, Masjidil Nabawi.

     Raudhah tu apa? Go and search. Kalau tak tahu sebelum pegi Masjdil Nabawi, rugi. Menangis tak berlagu lah nanti kau lepas balik. Haha.

     Pengalaman masuk Raudhah ni memang antara pengalaman yang tak boleh lupa sebenarnya. Dulu sebelum pergi, memang langsung tak terbayang raudhah ni macam mana, tempatnya dekat mana etc. Tapi bila first time masuk, memang speechless sangat.

     Ohh ni tips le girls only lah as saya pun gegirl, boboy mungkin boleh mintak tips dari boboy sebab iolls takda pengalaman jadi boboy. hikss. First benda kau kene tahu sebelum nak masuk Raudhah ni, orang ramai gilaaaaaaa. So bila orang ramai, kejadian rebut merebut, tolak menolak itu pasti ada lah. Jadi kau jangan terkejut terkedu pulak nanti. Jadi siapkan diri dengan apa yang patut bila kau ada dekat tempat orang ramai. Aku yakin adengan curi mencuri, segala menyeluk saku bagai memang tak terjadi. Cuma kalau barang kau tercicir di tengah lautan manusia, aku rasa kau sendiri boleh bayang macam mana kau berenang meredah lautan manusia nak cari barang kau yang tercicir tu. Jadi buat lah apa yang patut sampai barang kau ada dengan kau. Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya.

     Masjid Nabawi ni besar dia bukan calang-calang besar. Kau bayang lah seluruh umat Islam dari seluruh pelusuk dunia pusu-pusu nak mai sini. Aku rasa time solat Hari Raya dekat masjid negeri pun kau dah boleh rasa kesesakan yang melanda kan? Itu baru satu kampung, belum satu dunia beratus negara dan pelbagai bangsa dan whatever apa semua lah. Tak semua pintu masjid akan menyampaikan kau dekat Raudhah si karpet hijau. Kau cari Gate no 25, tak salah aku pintu tu nama Uthman bin Affan jadi boleh lah kau cuba cuba cari kat sana. Elok kalau kau datang awal, solat dekat area tu, nanti lepas solat memang dia akan terus panggil dan suruh kumpul satu tempat. Takda lah kau kebil kebil sangat nanti. Kita akan kumpul ikut bangsa nanti, contohnya akan ada bangsa Arab, bangsa Turki, bangsa Melayu, bangsa Urdu samthing macam tuh lah. Yang pastinya dia akan kelaskan ikut macam tu. Orang Malaysia akan sekali group dengan Orang Indonesia, so kita kumpul satu tempat sekali dengan depa. Jadi betapalah kau disitu sementara menunggu turn untuk masuk dalam Raudhah.

     Waktu-waktu yang dibenarkan masuk ada 3. Satu, lepas solat subuh hingga lebih kurang pukul 11. Dua, lepas solat Zohor. Tiga, lepas solat Isya dan aku tak tahu last dia pukul berapa tapi kawan kau masuk kol 10;30 malam pun lepas lagi. Jadi ikut lah mana mana masa yang kau nak, pilihlah mengikut cita rasa anda sendiri. Nak masuk Raudhah ni takda had, kiranya takda lah kau dah masuk lepas Subuh kau tak boleh masuk dah lepas Zohor. Selagi mana kau berkudrat nak meredah lautan manusia, dipersilakan. 

     Ingat, karpet hijau! Selain karpet hijau masih lagi bukan kawasan Raudhah. Selebihnya karpet akan bewarna merah. Sebab ada yang tersalah susah payah meredah segala bangsa dengan segala jenis manusia, rupanya kita tak masuk pun lagi kawasan Raudhah. Anda sendiri lah nilai apa perasaaanya. Haha. Bila dah dapat masuk, terus buat apa yang patut. Kalau dapat cari kawasan untuk solat, solat lah sunat dua rakaat (dhuha, hajat, taubat, tahiyatul masjid atau apa-apa). Doa lah banyak-banyak lepas tu. Percepatkan segala pergerakan, sebab bukan awak sorang punya kawasan Raudhah. Kawasan Raudhah tersangat lah kecik kalau nak dibandingkan dengan berapa ratus juta orang yang nak jejak kawasan karpet hijau tu. Bila dah selesai, terus keluar. Tapi jangan lah sampai tak sempat nak berdoa langsung terus keluar, selesaikan lah apa yang patut. Haha. 

     Tips khas dari saya sendiri adalah, sabar. Saya sangat yakin semua yang beratur akan dapat masuk dan solat dengan tenang jika anda bersabar. Jadi, jika orang lain tak bersabar, saya mengucapkan goodluck kepada anda yang bersabar. Tunggu waktunya yang sesuai, sabar hingga waktunya. Anda pasti dapat solat dengan tenang. Saya yakin dengan fakta itu. Jadi, sila bersabar sambil merebut penuh peluang yang ada di depan mata.

Selamat beramal ibadah :)









Persiapan ke Umrah.

     Badan masih terasa lesu. Perjalanan yang memakan masa hampir 24 jam itu, kesannya masih jelas ke hari ini. Namun ku kira semua itu nikmat yang bukan semua dapat merasainya. Akhirnya bibir ku ucap alhamdulillah.

     Rasa nak share pengalaman je sebenarnya. Sebelum saya pergi sana pun, saya baca mana-mana blog yang share pasal Umrah jugak. Memang sangat membantu lah, so saya dah tekad dalam hati saya pulak nak jadi orang yang berguna tersebut. Haha.

     So, 10 hari total trip saya. Dua hari tolak perjalanan pergi dan perjalanan balik, so baki hanya tinggal 8 hari saya di sana. 2 malam terawal di Madinah, 5 malam selebihnya di Mekah. Saya bergerak dari Jordan hanya menaiki bas. Jadi mungkin akan ada persiapan yang sedikit berbeza, saya akan berihram di Bir Ali (otw dari Madinah ke Mekah) pada hari ke 4 . Jadi saya tak terus bersedia untuk berihram dan sebagainya.

So, ini barang-barang yang saya bawa ke sana :

NO
PERKARA
KUANTITI
1
Al-Quran kecik
1
2
Telekung Sembahyang
2
3
Anak tudung hitam
3
4
Pakaian harian biasa
(Jubah, Baju Kurung, Tshirt, Skirt, Seluar)
**
5
Stokin biasa
5
6
Stokin lengan
5
7
Stokin/Kasut umrah
1
8
Baju Tidur
2
9
Kain basahan mandi
1
10
Tuala mandi  
1
11
Uncang kasut
1
12
Kasut
1
13
Selipar
1
14
Pakaian dalam
**
15
Panty Liner
**
16
Toiletries
(UV Protection jika mahu)
1
17
Febreeze
**
18
Ubat-ubatan / Lotion
**
19
Gunting & Pengetip kuku
1
20
Pin baju dan jarum
**
21
International Plug 
2
22
Extension *jika perlu*
1
23
Sunglasses
1
24
Kunci Bag
1
25
Botol Air Mineral
1
26
Penyangkut baju
5
27
Iron
1
28
Botol Spray
1
29
Powerbank
1
30
Charger Phone
1
31
Earphone
1
32
Kudapan
 (Puff, candy, choc)
**
33
Sejadah
1
34
Sapu tangan *jika perlu*
1
**ikut keperluan masing-masing


     Untuk lelaki, saya tak berapa sure tapi saya rasa lebih-lebih kurang macam ni je cuma tambah kain ihram dengan tali pinggang lah kot kan? Mungkin, boleh konfirmkan dengan yang lebih arif. Maaf.
  
     Sebelum bergerak, cuba search waktu solat di sana (Mekah dan Madinah). Memanglah perancangan kita 24/7 boleh-boleh kita nak bersoalat di masjid, tapi mana lah tahu apa-apa terjadi kita dah sediakan payung sebelum hujan. Keduanya, search terus doa-doa yang berkait, simpan dalam phone. Tak kiralah, doa ketika tawaf ke, sae'i ke, doa melihat kaabah ke apa ke semua. Kalau agent dah sediakan, alhamdulillah dah dipermudah. Lepas tuh, cari semua doa yang baik baik. Kita duduk kat sana nanti, duduk diam-diam boleh baca doa. Zikir-zikir pun jangan lupa search, boleh perlbagaikan lagi zikir kita, takda lah bosan duk ulang zikir yang sama. Solat-solat sunat yang ada pun kita cari, biar kita ada ilmu dengan apa yang kita buat. Jangan nanti, kita ikut je apa manusia lain buat tanpa ada ilmu. Sebab ramai bila dah sampai sana, taasub nak solat sampai ada-adakan benda yang takda. Nauzubillah semoga kita jauh dari benda-benda yang sia-sia. 

     Dekat sana selalunya hotel akan sediakan mesin basuh, jadi kalau tak nak bawak baju yang banyak bolehlah merajinkan diri basuh baju dekat sana nanti. Uncang kasut sebenarnya ada disediakan disetiap pintu masjid, cuma kalau bawa sendiri lebih baik. Sebab depa sediakan plastik untuk uncang kasut, kalau kita bawa sendiri dari rumah dapatlah kurangkan penggunaan plastik dalam dunia ni. Hikss mesra alam gitu, jadi saya lebih cadangkan untuk bawa sendiri.

     Maksud saya mengenai stokin atau kasut umrah adalah stokin atau kasut yang agak bergetah untuk berjalan atas lantai yang licin. Sebab kita perempuan, jadi kita berstokin. Bila jalan atas lantai, licin dan kita akan banyak gunakan tenaga untuk berjalan. Di samping kepenatan, kita juga akan sakit kaki lebih sedikit dari yang lain. Haha. Jadi saya sangatlah menyarankan untuk mencari mana-mana stokin atau kasut yang bersesuaian sebab saya dah merasai kepenatan yang berganda tersebut, Fuu fuu fuu~ Tapi kalau nak pakai kasut, pastikan kasut tuh bersih lah, jangan pulak kasut luar bawa masuk dalam. 

     Sunglasess ni agak penting bagi saya. Tambah kalau kita datang musim panas. Matahari terik, cuaca panas. Kalau musim sejuk pun anda digalakkan bawa sebab matahari tengahari masih terik memancar walau suasana agak selesa. Sapu tangan tuh, dulu saya bawa untuk tutup muka saya selepas saya basahkan dengan air sebab keadaan terlalu panas. Ada juga antara kawan saya yang basahkan dan letak atas kepala dek kerana matahari terlalu terik memancar atas kepala. Tapi masa tu, saya datang masa musim panas dan dalam bulan Ramadhan, jadi kepanasan di mungkin lebih sikit dari biasa. Masa saya datang musim sejuk, saya tak guna pun selain lap air yang tumpah hehee.

     Botol spray function dia bila malas nak keluar dari masjid semata untuk ambil wudhu. Juga sangat function bila tersangat panas, spray air dekat muka. Sejadah tu, kalau nak beli dekat sana pun ikutlah. Cuma sejadah sangat function bila dekat sana, tambah bila ruang solat dalam masjid dah penuh. Terpaksa lah kita bentang sejadah dan solat di kawasan halaman luar masjid.

     Makanan yang tak kering atau berat tak boleh bawak masuk masjid contohnya macam burger, nugget, kentang etc. Kecuali hari puasa, itu pun kene bagi tahu dia. Sebab arab ni, dia suka makan sepah jadi tersangat lah logik kenapa depa larang bawak masuk makanan macam macam dalam masjid. Kita yang makan elok ni lah yang susah sikit.

     Dah, rasanya itu je kot persediaan awal yang kene tahu sebelum bergerak ke tanah haramain. kalau ada apa-apa soalan boleh tanya dekat ruang komen.