Life is like a piano, the white keys represents happiness and the black shows sadness. But as you go through life's journey, remember that the black keys also create music. Be happy with what you are!
Saturday, 30 December 2017
2017
Ada kawan aku tanya,
" Korang tak rasa ke tahun ni macam luar biasa sikit?"
" Contohnya seperti?"
" Tatau sebab aku baca macam ramai gila cakap 2017 ni macam banyak achievement. So aku fikir-fikir la, aku macam dapat graduate je."
So lepas aku baca, terus aku termenung fikir apa achievement aku tahun 2017. Actually aku bukan lah jenis orang yang letak azam pun awal tahun, sebab aku rasa itu benda paling sia-sia pernah aku buat sejak lahir kahkahkah. Cuma, kalau throwback zaman muda-muda kita apalah salahnya kan? So here I am tatadaaaaaaa!
1) The most important thing sampai aku nak letak dia jadi nombor satu adalaaaaahhhh *drummmmmmmm* I LOST FEW KGs :P
- Dulu-dulu ekceli aku ni jenis kecikkk gila, ditambah lagi dengan pendek = memang sangat umpph untuk menjadi super kecik. Pernah sekali aku dapat ayat macam ni,
" Kenapa anak mu ni kurus sangat? Bagi banyak sikit dia makan"
Masa tu dia cakap dengan ayah aku sambil pegang lengan tangan aku. Kalau dah sampai dapat ayat cenggitu, aku macam nak yakin gila je lah yang aku ni gila kurus dulu hahahaha! Tak kira lagi berat aku area 20kg - 25kg je masa aku darjah 6. Kecik gila en?
Disebabkan oleh itu, aku jadi tak kesah sangat dengan pemakanan aku sebab aku yakin aku kecik hahaha. Tapi semuanya ibarat mencari matahari selepas malam tiba bila aku start masuk asrama. Apatah lagi selepas menghabiskan sisa sisa hidup di Jordan. Pui! Kita dah boleh panggil dia sebagai memori.
Tapi itu semua bukan penghalang, 2017 telah datang dan menyelamatkan keadaan *music angel turun dari langit* hahaha.
2) GRADUATION!
- Sebab pemikiran kolot budak-budak aku yang espek jadi tukang sapu tepi jalan ke cleaner sekolah ke nanti besar, makanya dengan penuh gembira saya mengumumkan ketibaan Duli Yang amat Mulia Baginda Ijazah Sarjana Muda kahkahkah. Nasib baik expectation aku salah, syukurrr Tohan. Aku insan lemah Ya Tuhan.
3) ANOTHER UMRAH
- Perangai tak cukup indah kan, macamni lah jadinya. First umrah pun aku caya tak percaya, second umrah mestilah rasa lagi miracle kan?
Actually masa aku nak gerak Umrah kali kedua ni, ayah aku recommend aku gerak Mesir. Last-last fikir punya fikir aku decide Umrah. Tapi biasa lah kan manusia tamak haloba syaitoonirrajim kan? Aku nak Umrah, tapi aku nak mesir jugak. Dengan cuaknya, aku gerak jugak pergi settle umrah aku. Gila kau tak cuak? Niat mula-mula dah tak cantik, jadi pape kat sana mati aku. Alhamdulillah semuanya selamat belaka meow meow.
4) #ainanalytsryoko
-This is not gonna happen kalau mengikut percaturan dalam kepala otak aku, but its already a was. Achievement yang ini memang sangat new experiences habis. Malaysia, Thailand, Egypt, Jordan, Greece, Italy, Taiwan in one year? Just wow!
5) My unfavourite INTERVIEWSSS and WORK
- Habis belajar pun satu masalah bagi aku. Sebab kau kene cari kerja dan cari kerja is not my favourite thing to do *sigh* I hate interviewsssss, you have to impress yourself to others (which is "apaaaaa niii yekkknyaaaaa"). Apa pun, aku dah berjaya redah benda yang aku yekkk kan tu dan sekarang "bila aku nak habis kerja?" teneneeee~ boringggggggggggggg.
Okay, nampaknya perjalanan dia agak merata. Kejap student, tetiba dah jadi pekerja kahkahkah. Semoga lah permulaan yang cantik untuk bertarung nyawa hidup dekat Malaysia ni.
Okay done 2017. You already did your very best and now shooo shooo because 2018 is cominggg haha.
Wednesday, 8 November 2017
Si Miskin :P
"Mee hun tomyam satu bang, nak pedas. Ohh, bungkus eah"
Memandangkan jaraknya dari rumah aku pun kurang dari satu kilometer, jadi ini bukan kali pertama aku datang ke sini. Aku kira pekerja-pekerja disitu juga sudah pun mengenali aku.
Aku menarik kerusi perlahan sambil memerhati keadaan sekeliling,
"Agak ramai juga pelanggan dia hari ni" sambil terus memerhati keadaan sekeliling membunuh masa.
Lima minit berlalu, tapi bungkusan masih belum siap. Aku senyap membisu sambil mata ku lempar ke arah jalanraya yang berada diluar kedai. Bunyi pinggan kedengaran dari arah dapur, aku mengalihkan pandangan dengan penuh harapan.
"Ohh pakcik seberang meja punya makanan" monolog aku kecewa.
Keropok pakcik seberang pun sudah tinggal separuh, namun makanan aku masih belum sampai. Tidak lama kemudian, lagi seorang pelayan menghampiri meja pakcik yang sama untuk menghantar pesanan keduanya.
Aku lihat pakcik seberang menarik lembut lengan pekerja yang menghantar pesanannya sambil berbisik perlahan. Memandangkan ada satu meja di antara kami berdua, aku tidak dapat mnedegar jelas perbualan antara mereka tadi, tapi yang pasti pakcik seberang dan pekerja tadi kedua-duanya memandang aku serentak dengan memek muka yang agak tidak menyenangkan aku. Tambahan pula, aku hanya mendengar perkataan 'perempuan' dari bisikan pakcik seberang itu tadi. Aku pasti 'perempuan' dalam bisikan pakcik tadi adalah aku.
Dalam hati,
" Ehh salah ke cane aku duduk seberang dia."
Aku biar pakcik seberang dengan makananya. Isteri dan anaknya juga mula mencuri memandang aku dengan hujung mata. Aku mula rimas.
Makanan betul lambat kali ini. Dalam keserabutan aku duduk disitu, tiba-tiba aku dengar pakcik seberang bersuara,
"Makan dik?" tanya pakcik seberang sopan sambil mengangkat kening.
Dalam hati aku ketawa.
" Lahhhhhhhhh ituuuuu keeee yang pakcik tu curious sangat dengan akuuuu. Aku dah rupa macam orang gila takda duit menung tengok jalan raya ke caneeeeeee~ kahkahkah."
Aku senyum.
" Takpa pakcik, saya dah order makanan dah. Terima kasih pakcik." kata si budak perempuan yang mungkin kelihatan miskin dan gila tak cukup duit nak makan kahkahkah.

![]() |
| Tengok gambar pun dah meleleh air liur. Pinjam gambar eah google, hikss. |
Friday, 4 August 2017
"Man Jadda Wa Jada"
Aku berlari sambil mata menoleh kiri kanan mencari botol spray serangga.
"Haaa jumpa pun!"
Pantas kaki melangkah menuju ke arah dapur. Sedang fokus aku hanya untuk membunuh, tiba-tiba ada satu suara menegur dari belakang.
"Ohh Kak Long rupanya" monolog aku sendirian.
"Lama lama aku duduk rumah ni, aku penah jumpa sekali je lipas dalam bilik air belakang tu. Mu asal baru balik berapa hari dah jumpa bejuta?" Luah Kak Long menunjukkan ketidak puasan hatinya.
Aku diam seketika, tapi bukan sebab tiada jawapan cuma malas panjangkan 'perbualan' tika matahari masih belum muncul.
"Kak Long" panggil aku.
"Pehal?" Kak Long menoleh.
"Faham tak 'Man Jadda Wa Jada'?" balas aku.
"Pale otak" ringkas penuh padat balas Kak Long.
HAHAHA dalam salah, ada betulnya kan?

Sunday, 2 July 2017
Best things to do in Jordan.
Hello everyone :)
Patutnya post ni kene tulis dalam English, so then ramai orang akan dapat manfaat dari post yang kali ni. Tapi itulah, tak hebat English. Satgi berterabur aku tulis, korang jugak sakit jiwa baca. Okay whatever, siapa suruh tak tahu Bahasa Melayu kan? Nyiaw.
Ini kira tulis atas pengalaman sendiri lah, InsyaAllah tak kecewa *haha yakin je en?* Tengah plan nak travel sebelum balik Malaysia sebenarnya, itu yang sampai ada hati nak update blog. Susahnya nak plan tu, tahap dah fikir nak belanja makan je semua duit yang ada tu kahkah. Tapi alhamdulillah saya masih waras. Jadi tujuan saya update blog kali ini, tak lain tak bukan hanyalah sekadar mahu memudahkan ursan kamu-kamu yang ada hati dan keinginan nak travel sampai ke Jordan.
Jadi benda first, duit kat sini kita pakai Jordanian Dinar. Dulu masa awal-awal datang sini lebih kurang tahun 2013, tukaran duit dia lebih kurang JOD 1 = RM 4.50. Tapi sekarang (2017) dah jauh beza, JOD 1 = RM 6. Jadi selamat melaburkan duit anda disini bak air yang menyiram kebun pokok bunga mak belakang rumah.
Orang sini guna bahasa Arab. Ammiy (lahjah) depa tak teruk macam negara-negara arab lain, so selagi korang reti pelat-pelat bahasa Arab Fushah (formal), kau boleh je nak hidup kat sini. Walau nanti pakcik kedai tu gelak, tapi takpa yang penting kau yakin dan kuatkan semangat bhahaha! Point penting dia apa?
Settled dah part tu.
Pasal transportation, meh sini duduk depan pasang telinga besar-besar. Dekat Jordan, boleh kata pengangkutan utama dia mungkin bas. Tapi antara tempat ke tempat dalam bandar, senang cerita memang teksi je yang paling wujud pun. So keep in your mind okay? Kalau nak gerak dari satu daerah ke satu daerah lain, cari bas. Tapi bila dah sampai dalam satu daerah, kau nak gerak dalam dalam tu je cari teksi. Teksi ni lah yang selalu akan makan duit. Depa ni jenis teksi takda meter kecuali dekat Amman (Ibu Negara Jordan). Kalau nasib baik dapat pakcik soleh sebutlah 'Alhamdulilah', kalau dapat yang kerjanya korek beg duit kau, aku ucapkan "Selamat datang ke Jordan". Sebab dengan kiteorang yang student, reti cakap arab tahu harga biasa pun depa nak kencing apatah lagi kome. Ye dok? haha.
Okay, sekarang aku kasi list tempat-tempat yang korang kene sampai bila dah jejak Jordan. Saya tak bagi detail tempat, sebab itu kau boleh search dekat tempat lain. Kira ni tempat-tempat utama lah dekat Jordan ni., aku list ikut ranking khas untuk korang :P
1. Petra, Wadi Musa.
2. Wadi Rum.
3. Dead Sea, Amman.
4. Aqaba.
5. Amman City.
6. Jerash.
7. Wadi Hidan/ Wadi Aya/ Wadi Mujib/ or etc.
Ini pulak tempat-tempat yang aku boleh kata agak menarik, kalau ada masa lebih datang lah. Gituuuuuuu~
1. Karak Castle, Karak.
2. Hammamat Ma'in, Amman.
3. Umm Qaiys.
4. Madaba.
5. Mount Nebo. (near Madaba)
6. Maqam-maqam.
7. Petra by night.
Secara umumnya, dah cun sangat dah kalau kau pegi tempat-tempat yang aku kasi list kat atas ni. Soooooooooooooo, wish youuuu goodluckkkkkkkk in Jordannnnnnn :) Bye bye.

"Apa yang kau nak kau dapat, kan?"

Thursday, 4 May 2017
Hidup seorang pelajar.
Hari ini sunyi. Kawan serumah sudah lama keluar mencari kebahagiaan sendiri. Aku sahaja yang masih dirumah terhegeh-hegeh membelek buku pelajaran memandangkan exam final aku bermula Isnin ini, di ikuti dengan lagi dua subjek pada hari Rabu berikutnya. Ambil angin, kelas luar, kerja volunteer semua aku batalkan. Sekejap masa berlalu, semua ikut berubah mengikut rentak tersendiri. Begitu juga aku.
"Kenapa kamu buat macam nii?" balas Cikgu Salina sambil tangannya digenggam kuat. Mukanya sudah separa kerut seperti mahu menangis.
Aku tunduk. Lagipun, apa lagi yang terbaik dari tunduk, kan? Kesalahan sebulan lepas, cuma baru hari ini aku tekad untuk datang mengaku di hadapan warden.
Aku bukanlah seorang pelajar cemerlang di sekolah menengah dulu. Kalau ada 100, aku mungkin yang ke 90 haha. Cukup cemerlang kan aku? *shake hand*
Kini, aku seorang mahasiswa luar negara. Kurang dari 1% untuk aku kejar graduate dengan GPA Mumtaz (First Class). Doakan :) Semoga Allah mudahkan segalanya. Amin!

Wednesday, 8 March 2017
Cerita ini, cerita aku.
"Kakak dah siap pack ke belum tu?" jerit ibu dari dapur yang sedang sibuk menyiapkan bekal buat aku.
"Sikit lagi bu" balas aku sambil memasukkan barang-barang terakhir sebelum bergerak ke KLIA (Kuala Lumpur International Airport). Adik beradik aku yang lain juga sedang bersiap-siap. Gamaknya seperti aku sahaja yang belum bersiap.
"Itulah last minute, ibu dah pesan semalam siap-siap terus beg. Nanti ada lah tu barang yang tertinggal itu ini. Ini bukan macam kakak dekat asrama dulu tau. Kalau dulu barang tetinggal..." pastinya bebel ibu tidak hanya terhenti saat itu. Aku dari luar hanya tersenyum
"Memang salah aku" getus hati.
Akhirnya semua barang siap dimasukkan ke dalam bonet kereta. Aku masuk ke dalam kereta, sambil mata dibiarkan menatap rumah kecil tempat aku memaknai kehidupan bekerluarga. Ayah masih dihalaman rumah memastikan semuanya dalam keadaan baik. Perasaan sayu, aku simpan dalam hati.
"Kaunter mana ni kakak check-in?" tanya Ayah sambil matanya melilau melihat kalau-kalau ada kelibat yang dikenali. Adik-beradik lain hanya menurut.
"Ha tu kawan kakak! Kumpul kat sana kot." teriak aku. Langkah terus menuju ke arah sekumpulan pelajar yang kebanyakannya bertudung labuh dan berkopiah. Deringan telefon bertalu-talu masuk, dari kawan yang rapat hingga ke kawan yang tak pernah contact semuanya mengucapkan selamat tinggal pada aku dan tidak lupa juga ditambah dengan sedikit pesanan cukup rasa kasi suasananya lebih feel gitu. Tepat pukul 10 malam, kapal terbang berlepas. Pemandangan ketika itu menakjubkan!
Perjalanan lebih kurang 12 jam tamat dengan mendaratnya pesawat Royal Jordanian 181 di Queen Alia International Airport (QAIA), Jordan. Badan yang penat tidak menghalang mata aku untuk berkeliaran melihat sekeliling lapangan terbang, hati seakan masih tidak percaya aku di sini. Kawan-kawan yang lain juga tidak ada bezanya dari aku jakunnya. Hand carry yang hampir 15 kg aku angkat sekuat daya. Padahnya berdegil mahu juga bawa semuanya kesini.
"Boleh tahan cantik" getus aku. Kaki bergerak mengikut papan tanda baggage claim. Selesai dengan beg kargo, masing-masing terus terburu ke tandas mengambil wudhu kerana jam sudah menunjukkan pukul 6;30 pagi. Ketika aku masuk ke tandas, sudah 2 hinga 3 orang beratur untuk mengambil turn menunaikan hajat masing-masing yang disimpan rapi sepanjang perjalanan, mungkin. Haha.
Suasana agak riuh ketika itu, aku pun tidak pasti kenapa. Mungkin kerana lega, mungkin juga kerana kepenatan. Tiba-tiba keluar seorang makcik cleaner dari Toilet 3, memegang mopnya sambil mulutnya tidak berhenti bercakap. Aku pandang dengan pandangan kosong. Bebelannya disambut lagi oleh kawan sekerjanya sambil memandang kami dengan pandangan yang tidak cukup manis aku kira. Rupanya, dia baru habis mengemop lantai tandas yang digunakan oleh pelajar melayu kerana basah.
"Dekat Malaysia lantai tandas boleh basah, sorry makcik" aku berkata sendirian. Kawan yang di hadapanku tergelak kecil.
Selesai solat Subuh di QAIA, kami keluar ke balai ketibaan. Di sana, Senior Universiti Al Al-Bayt sudah bersiap sedia menyambut kedatangan kami. Selepas selesai sesi fotografi, kami bersiap bergerak ke Mafraq. Sesekali, aku melemparkan pandangan ke luar tingkap memerhati satu per satu manusia, bangunan, suasana sekitar.
"Lain" hanya itu yang terlintas.
"Ingat azam kau dekat sini. Jangan pernah kau lupa" gertus hati kecil sambil mata aku pejam.
Bersambung...

Friday, 3 February 2017
Tips masuk Raudhah, Masjidil Nabawi.
Raudhah tu apa? Go and search. Kalau tak tahu sebelum pegi Masjdil Nabawi, rugi. Menangis tak berlagu lah nanti kau lepas balik. Haha.
Pengalaman masuk Raudhah ni memang antara pengalaman yang tak boleh lupa sebenarnya. Dulu sebelum pergi, memang langsung tak terbayang raudhah ni macam mana, tempatnya dekat mana etc. Tapi bila first time masuk, memang speechless sangat.
Ohh ni tips le girls only lah as saya pun gegirl, boboy mungkin boleh mintak tips dari boboy sebab iolls takda pengalaman jadi boboy. hikss. First benda kau kene tahu sebelum nak masuk Raudhah ni, orang ramai gilaaaaaaa. So bila orang ramai, kejadian rebut merebut, tolak menolak itu pasti ada lah. Jadi kau jangan terkejut terkedu pulak nanti. Jadi siapkan diri dengan apa yang patut bila kau ada dekat tempat orang ramai. Aku yakin adengan curi mencuri, segala menyeluk saku bagai memang tak terjadi. Cuma kalau barang kau tercicir di tengah lautan manusia, aku rasa kau sendiri boleh bayang macam mana kau berenang meredah lautan manusia nak cari barang kau yang tercicir tu. Jadi buat lah apa yang patut sampai barang kau ada dengan kau. Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya.
Masjid Nabawi ni besar dia bukan calang-calang besar. Kau bayang lah seluruh umat Islam dari seluruh pelusuk dunia pusu-pusu nak mai sini. Aku rasa time solat Hari Raya dekat masjid negeri pun kau dah boleh rasa kesesakan yang melanda kan? Itu baru satu kampung, belum satu dunia beratus negara dan pelbagai bangsa dan whatever apa semua lah. Tak semua pintu masjid akan menyampaikan kau dekat Raudhah si karpet hijau. Kau cari Gate no 25, tak salah aku pintu tu nama Uthman bin Affan jadi boleh lah kau cuba cuba cari kat sana. Elok kalau kau datang awal, solat dekat area tu, nanti lepas solat memang dia akan terus panggil dan suruh kumpul satu tempat. Takda lah kau kebil kebil sangat nanti. Kita akan kumpul ikut bangsa nanti, contohnya akan ada bangsa Arab, bangsa Turki, bangsa Melayu, bangsa Urdu samthing macam tuh lah. Yang pastinya dia akan kelaskan ikut macam tu. Orang Malaysia akan sekali group dengan Orang Indonesia, so kita kumpul satu tempat sekali dengan depa. Jadi betapalah kau disitu sementara menunggu turn untuk masuk dalam Raudhah.
Waktu-waktu yang dibenarkan masuk ada 3. Satu, lepas solat subuh hingga lebih kurang pukul 11. Dua, lepas solat Zohor. Tiga, lepas solat Isya dan aku tak tahu last dia pukul berapa tapi kawan kau masuk kol 10;30 malam pun lepas lagi. Jadi ikut lah mana mana masa yang kau nak, pilihlah mengikut cita rasa anda sendiri. Nak masuk Raudhah ni takda had, kiranya takda lah kau dah masuk lepas Subuh kau tak boleh masuk dah lepas Zohor. Selagi mana kau berkudrat nak meredah lautan manusia, dipersilakan.
Ingat, karpet hijau! Selain karpet hijau masih lagi bukan kawasan Raudhah. Selebihnya karpet akan bewarna merah. Sebab ada yang tersalah susah payah meredah segala bangsa dengan segala jenis manusia, rupanya kita tak masuk pun lagi kawasan Raudhah. Anda sendiri lah nilai apa perasaaanya. Haha. Bila dah dapat masuk, terus buat apa yang patut. Kalau dapat cari kawasan untuk solat, solat lah sunat dua rakaat (dhuha, hajat, taubat, tahiyatul masjid atau apa-apa). Doa lah banyak-banyak lepas tu. Percepatkan segala pergerakan, sebab bukan awak sorang punya kawasan Raudhah. Kawasan Raudhah tersangat lah kecik kalau nak dibandingkan dengan berapa ratus juta orang yang nak jejak kawasan karpet hijau tu. Bila dah selesai, terus keluar. Tapi jangan lah sampai tak sempat nak berdoa langsung terus keluar, selesaikan lah apa yang patut. Haha.
Tips khas dari saya sendiri adalah, sabar. Saya sangat yakin semua yang beratur akan dapat masuk dan solat dengan tenang jika anda bersabar. Jadi, jika orang lain tak bersabar, saya mengucapkan goodluck kepada anda yang bersabar. Tunggu waktunya yang sesuai, sabar hingga waktunya. Anda pasti dapat solat dengan tenang. Saya yakin dengan fakta itu. Jadi, sila bersabar sambil merebut penuh peluang yang ada di depan mata.
Selamat beramal ibadah :)
Persiapan ke Umrah.
Badan masih terasa lesu. Perjalanan yang memakan masa hampir 24 jam itu, kesannya masih jelas ke hari ini. Namun ku kira semua itu nikmat yang bukan semua dapat merasainya. Akhirnya bibir ku ucap alhamdulillah.
Rasa nak share pengalaman je sebenarnya. Sebelum saya pergi sana pun, saya baca mana-mana blog yang share pasal Umrah jugak. Memang sangat membantu lah, so saya dah tekad dalam hati saya pulak nak jadi orang yang berguna tersebut. Haha.
So, 10 hari total trip saya. Dua hari tolak perjalanan pergi dan perjalanan balik, so baki hanya tinggal 8 hari saya di sana. 2 malam terawal di Madinah, 5 malam selebihnya di Mekah. Saya bergerak dari Jordan hanya menaiki bas. Jadi mungkin akan ada persiapan yang sedikit berbeza, saya akan berihram di Bir Ali (otw dari Madinah ke Mekah) pada hari ke 4 . Jadi saya tak terus bersedia untuk berihram dan sebagainya.
So, ini barang-barang yang saya bawa ke sana :
**ikut keperluan masing-masing
Sunglasess ni agak penting bagi saya. Tambah kalau kita datang musim panas. Matahari terik, cuaca panas. Kalau musim sejuk pun anda digalakkan bawa sebab matahari tengahari masih terik memancar walau suasana agak selesa. Sapu tangan tuh, dulu saya bawa untuk tutup muka saya selepas saya basahkan dengan air sebab keadaan terlalu panas. Ada juga antara kawan saya yang basahkan dan letak atas kepala dek kerana matahari terlalu terik memancar atas kepala. Tapi masa tu, saya datang masa musim panas dan dalam bulan Ramadhan, jadi kepanasan di mungkin lebih sikit dari biasa. Masa saya datang musim sejuk, saya tak guna pun selain lap air yang tumpah hehee.
Botol spray function dia bila malas nak keluar dari masjid semata untuk ambil wudhu. Juga sangat function bila tersangat panas, spray air dekat muka. Sejadah tu, kalau nak beli dekat sana pun ikutlah. Cuma sejadah sangat function bila dekat sana, tambah bila ruang solat dalam masjid dah penuh. Terpaksa lah kita bentang sejadah dan solat di kawasan halaman luar masjid.
Makanan yang tak kering atau berat tak boleh bawak masuk masjid contohnya macam burger, nugget, kentang etc. Kecuali hari puasa, itu pun kene bagi tahu dia. Sebab arab ni, dia suka makan sepah jadi tersangat lah logik kenapa depa larang bawak masuk makanan macam macam dalam masjid. Kita yang makan elok ni lah yang susah sikit.
Dah, rasanya itu je kot persediaan awal yang kene tahu sebelum bergerak ke tanah haramain. kalau ada apa-apa soalan boleh tanya dekat ruang komen.

NO
|
PERKARA
|
KUANTITI
|
1
|
Al-Quran kecik
|
1
|
2
|
Telekung Sembahyang
|
2
|
3
|
Anak tudung hitam
|
3
|
4
|
Pakaian harian biasa
(Jubah,
Baju Kurung, Tshirt, Skirt, Seluar)
|
**
|
5
|
Stokin biasa
|
5
|
6
|
Stokin lengan
|
5
|
7
|
Stokin/Kasut umrah
|
1
|
8
|
Baju Tidur
|
2
|
9
|
Kain basahan mandi
|
1
|
10
|
Tuala mandi
|
1
|
11
|
Uncang kasut
|
1
|
12
|
Kasut
|
1
|
13
|
Selipar
|
1
|
14
|
Pakaian dalam
|
**
|
15
|
Panty
Liner
|
**
|
16
|
Toiletries
(UV Protection jika mahu)
|
1
|
17
|
Febreeze
|
**
|
18
|
Ubat-ubatan / Lotion
|
**
|
19
|
Gunting & Pengetip kuku
|
1
|
20
|
Pin baju dan jarum
|
**
|
21
|
International Plug
|
2
|
22
|
Extension
*jika perlu*
|
1
|
23
|
Sunglasses
|
1
|
24
|
Kunci Bag
|
1
|
25
|
Botol Air Mineral
|
1
|
26
|
Penyangkut baju
|
5
|
27
|
Iron
|
1
|
28
|
Botol Spray
|
1
|
29
|
Powerbank
|
1
|
30
|
Charger Phone
|
1
|
31
|
Earphone
|
1
|
32
|
Kudapan
(Puff,
candy, choc)
|
**
|
33
|
Sejadah
|
1
|
34
|
Sapu tangan *jika perlu*
|
1
|
Untuk lelaki, saya tak berapa sure tapi saya rasa lebih-lebih kurang macam ni je cuma tambah kain ihram dengan tali pinggang lah kot kan? Mungkin, boleh konfirmkan dengan yang lebih arif. Maaf.
Sebelum bergerak, cuba search waktu solat di sana (Mekah dan Madinah). Memanglah perancangan kita 24/7 boleh-boleh kita nak bersoalat di masjid, tapi mana lah tahu apa-apa terjadi kita dah sediakan payung sebelum hujan. Keduanya, search terus doa-doa yang berkait, simpan dalam phone. Tak kiralah, doa ketika tawaf ke, sae'i ke, doa melihat kaabah ke apa ke semua. Kalau agent dah sediakan, alhamdulillah dah dipermudah. Lepas tuh, cari semua doa yang baik baik. Kita duduk kat sana nanti, duduk diam-diam boleh baca doa. Zikir-zikir pun jangan lupa search, boleh perlbagaikan lagi zikir kita, takda lah bosan duk ulang zikir yang sama. Solat-solat sunat yang ada pun kita cari, biar kita ada ilmu dengan apa yang kita buat. Jangan nanti, kita ikut je apa manusia lain buat tanpa ada ilmu. Sebab ramai bila dah sampai sana, taasub nak solat sampai ada-adakan benda yang takda. Nauzubillah semoga kita jauh dari benda-benda yang sia-sia.
Dekat sana selalunya hotel akan sediakan mesin basuh, jadi kalau tak nak bawak baju yang banyak bolehlah merajinkan diri basuh baju dekat sana nanti. Uncang kasut sebenarnya ada disediakan disetiap pintu masjid, cuma kalau bawa sendiri lebih baik. Sebab depa sediakan plastik untuk uncang kasut, kalau kita bawa sendiri dari rumah dapatlah kurangkan penggunaan plastik dalam dunia ni. Hikss mesra alam gitu, jadi saya lebih cadangkan untuk bawa sendiri.
Maksud saya mengenai stokin atau kasut umrah adalah stokin atau kasut yang agak bergetah untuk berjalan atas lantai yang licin. Sebab kita perempuan, jadi kita berstokin. Bila jalan atas lantai, licin dan kita akan banyak gunakan tenaga untuk berjalan. Di samping kepenatan, kita juga akan sakit kaki lebih sedikit dari yang lain. Haha. Jadi saya sangatlah menyarankan untuk mencari mana-mana stokin atau kasut yang bersesuaian sebab saya dah merasai kepenatan yang berganda tersebut, Fuu fuu fuu~ Tapi kalau nak pakai kasut, pastikan kasut tuh bersih lah, jangan pulak kasut luar bawa masuk dalam.
Sunglasess ni agak penting bagi saya. Tambah kalau kita datang musim panas. Matahari terik, cuaca panas. Kalau musim sejuk pun anda digalakkan bawa sebab matahari tengahari masih terik memancar walau suasana agak selesa. Sapu tangan tuh, dulu saya bawa untuk tutup muka saya selepas saya basahkan dengan air sebab keadaan terlalu panas. Ada juga antara kawan saya yang basahkan dan letak atas kepala dek kerana matahari terlalu terik memancar atas kepala. Tapi masa tu, saya datang masa musim panas dan dalam bulan Ramadhan, jadi kepanasan di mungkin lebih sikit dari biasa. Masa saya datang musim sejuk, saya tak guna pun selain lap air yang tumpah hehee.
Botol spray function dia bila malas nak keluar dari masjid semata untuk ambil wudhu. Juga sangat function bila tersangat panas, spray air dekat muka. Sejadah tu, kalau nak beli dekat sana pun ikutlah. Cuma sejadah sangat function bila dekat sana, tambah bila ruang solat dalam masjid dah penuh. Terpaksa lah kita bentang sejadah dan solat di kawasan halaman luar masjid.
Makanan yang tak kering atau berat tak boleh bawak masuk masjid contohnya macam burger, nugget, kentang etc. Kecuali hari puasa, itu pun kene bagi tahu dia. Sebab arab ni, dia suka makan sepah jadi tersangat lah logik kenapa depa larang bawak masuk makanan macam macam dalam masjid. Kita yang makan elok ni lah yang susah sikit.
Dah, rasanya itu je kot persediaan awal yang kene tahu sebelum bergerak ke tanah haramain. kalau ada apa-apa soalan boleh tanya dekat ruang komen.
Subscribe to:
Posts (Atom)