Hari ini sunyi. Kawan serumah sudah lama keluar mencari kebahagiaan sendiri. Aku sahaja yang masih dirumah terhegeh-hegeh membelek buku pelajaran memandangkan exam final aku bermula Isnin ini, di ikuti dengan lagi dua subjek pada hari Rabu berikutnya. Ambil angin, kelas luar, kerja volunteer semua aku batalkan. Sekejap masa berlalu, semua ikut berubah mengikut rentak tersendiri. Begitu juga aku.
"Kenapa kamu buat macam nii?" balas Cikgu Salina sambil tangannya digenggam kuat. Mukanya sudah separa kerut seperti mahu menangis.
Aku tunduk. Lagipun, apa lagi yang terbaik dari tunduk, kan? Kesalahan sebulan lepas, cuma baru hari ini aku tekad untuk datang mengaku di hadapan warden.
Aku bukanlah seorang pelajar cemerlang di sekolah menengah dulu. Kalau ada 100, aku mungkin yang ke 90 haha. Cukup cemerlang kan aku? *shake hand*
Kini, aku seorang mahasiswa luar negara. Kurang dari 1% untuk aku kejar graduate dengan GPA Mumtaz (First Class). Doakan :) Semoga Allah mudahkan segalanya. Amin!
No comments:
Post a Comment