Friday, 3 February 2017

Tips masuk Raudhah, Masjidil Nabawi.

     Raudhah tu apa? Go and search. Kalau tak tahu sebelum pegi Masjdil Nabawi, rugi. Menangis tak berlagu lah nanti kau lepas balik. Haha.

     Pengalaman masuk Raudhah ni memang antara pengalaman yang tak boleh lupa sebenarnya. Dulu sebelum pergi, memang langsung tak terbayang raudhah ni macam mana, tempatnya dekat mana etc. Tapi bila first time masuk, memang speechless sangat.

     Ohh ni tips le girls only lah as saya pun gegirl, boboy mungkin boleh mintak tips dari boboy sebab iolls takda pengalaman jadi boboy. hikss. First benda kau kene tahu sebelum nak masuk Raudhah ni, orang ramai gilaaaaaaa. So bila orang ramai, kejadian rebut merebut, tolak menolak itu pasti ada lah. Jadi kau jangan terkejut terkedu pulak nanti. Jadi siapkan diri dengan apa yang patut bila kau ada dekat tempat orang ramai. Aku yakin adengan curi mencuri, segala menyeluk saku bagai memang tak terjadi. Cuma kalau barang kau tercicir di tengah lautan manusia, aku rasa kau sendiri boleh bayang macam mana kau berenang meredah lautan manusia nak cari barang kau yang tercicir tu. Jadi buat lah apa yang patut sampai barang kau ada dengan kau. Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya.

     Masjid Nabawi ni besar dia bukan calang-calang besar. Kau bayang lah seluruh umat Islam dari seluruh pelusuk dunia pusu-pusu nak mai sini. Aku rasa time solat Hari Raya dekat masjid negeri pun kau dah boleh rasa kesesakan yang melanda kan? Itu baru satu kampung, belum satu dunia beratus negara dan pelbagai bangsa dan whatever apa semua lah. Tak semua pintu masjid akan menyampaikan kau dekat Raudhah si karpet hijau. Kau cari Gate no 25, tak salah aku pintu tu nama Uthman bin Affan jadi boleh lah kau cuba cuba cari kat sana. Elok kalau kau datang awal, solat dekat area tu, nanti lepas solat memang dia akan terus panggil dan suruh kumpul satu tempat. Takda lah kau kebil kebil sangat nanti. Kita akan kumpul ikut bangsa nanti, contohnya akan ada bangsa Arab, bangsa Turki, bangsa Melayu, bangsa Urdu samthing macam tuh lah. Yang pastinya dia akan kelaskan ikut macam tu. Orang Malaysia akan sekali group dengan Orang Indonesia, so kita kumpul satu tempat sekali dengan depa. Jadi betapalah kau disitu sementara menunggu turn untuk masuk dalam Raudhah.

     Waktu-waktu yang dibenarkan masuk ada 3. Satu, lepas solat subuh hingga lebih kurang pukul 11. Dua, lepas solat Zohor. Tiga, lepas solat Isya dan aku tak tahu last dia pukul berapa tapi kawan kau masuk kol 10;30 malam pun lepas lagi. Jadi ikut lah mana mana masa yang kau nak, pilihlah mengikut cita rasa anda sendiri. Nak masuk Raudhah ni takda had, kiranya takda lah kau dah masuk lepas Subuh kau tak boleh masuk dah lepas Zohor. Selagi mana kau berkudrat nak meredah lautan manusia, dipersilakan. 

     Ingat, karpet hijau! Selain karpet hijau masih lagi bukan kawasan Raudhah. Selebihnya karpet akan bewarna merah. Sebab ada yang tersalah susah payah meredah segala bangsa dengan segala jenis manusia, rupanya kita tak masuk pun lagi kawasan Raudhah. Anda sendiri lah nilai apa perasaaanya. Haha. Bila dah dapat masuk, terus buat apa yang patut. Kalau dapat cari kawasan untuk solat, solat lah sunat dua rakaat (dhuha, hajat, taubat, tahiyatul masjid atau apa-apa). Doa lah banyak-banyak lepas tu. Percepatkan segala pergerakan, sebab bukan awak sorang punya kawasan Raudhah. Kawasan Raudhah tersangat lah kecik kalau nak dibandingkan dengan berapa ratus juta orang yang nak jejak kawasan karpet hijau tu. Bila dah selesai, terus keluar. Tapi jangan lah sampai tak sempat nak berdoa langsung terus keluar, selesaikan lah apa yang patut. Haha. 

     Tips khas dari saya sendiri adalah, sabar. Saya sangat yakin semua yang beratur akan dapat masuk dan solat dengan tenang jika anda bersabar. Jadi, jika orang lain tak bersabar, saya mengucapkan goodluck kepada anda yang bersabar. Tunggu waktunya yang sesuai, sabar hingga waktunya. Anda pasti dapat solat dengan tenang. Saya yakin dengan fakta itu. Jadi, sila bersabar sambil merebut penuh peluang yang ada di depan mata.

Selamat beramal ibadah :)









No comments:

Post a Comment