Sunday, 1 July 2018

Trip ke Bangi Wonderland

     Hello :)

          Hari Rabu lepas (27.06.18) kiteorang berlima gerak ke Bangi Wonderland. Itu pun punya susah payah nak kumpul 5 orang, dah ajak lebih 30 orang lastlast yang tinggal 5 ketul ni je ha. Lepas usha-usha promosi tiket bulan Jun, aku rasa letccceegoo je lah sebab aku pun dah bosan memerap diri dalam rumah.

Ini lah berlima yang tinggal dari 30 orang tu.


          Tiket korang boleh usha dekat web rasmi depa, doa banyak-banyak lah bulan korang plan tu ada promosi best haha.


  • Harga tiket 


    • Adult : RM 55
    • Child (below 130cm) : RM 45.
    • Child (below 90cm) : Free
Gelang ajaib kuasa sakti,

          Ohh sebelum terlupa yang paling terpenting


  • Waktu Operasi
    •  Weekdays : 11:00am - 6:00pm
    • Tuesday : CLOSE
    • Weekend : 10:00am - 6:00pm

          Tapi bulan Jun ritu ada promosi RM 150 untuk 4 orang, tapi kiteorang berlima so end up kitaorang decide untuk bayar harga asal sorang. So haritu total tiket kiteorang RM 205 (RM 150/4 + RM 55), nanti depa kasi gelang satu sorang.

          Kat sana, barang-barang peribadi semua korang bawa sendiri lah ya macam tuala, sabun, syampoo etc. Depa hanya sediakan tempat kau bergembira bersama yang tersayang, tandas, bilik mandi, surau, locker dan kemudahan-kemudahan yang lagi sepatutnya. Tandas, bilik mandi, surau dia bagi aku selesa, maybe faktor tak ramai orang pun menyumbang jugaklah kepada keselesaan tu. So korang tak perlu risau banyak, just set masa terus start enjib kereta.

          Nah ni benda benda yang korang nak tahu before sampai sana:


  • Parking
    • RM 6 sekali masuk, tak kira by hour pun.
  • Pelampung
    • RM 14 + RM 10 (deposit) untuk pelampung dua orang tu. 
    • Untuk pelampung 4 orang tak perlu sewa pun. Nanti korang nak main slide yang perlu pelampung 4 orang tu, korang just ambil pinjam je hangkut bawak naik ke slide.
  • Locker
    • Kecil  : RM 15 + RM 10 (deposit)
(ritu aku sewa yang kecil je, so korang kene update sendiri kat sana atau mana-mana. Sebab aku tengok dekat web diorang rate harga dah beza dengan yang semasa)


  • Pakaian
    • Pakailah apa-apa yang korang rasa selesa dan menutup aurat bagi Muslim hiks.
  • Eletronik
    • Ofcourse korang boleh bawa segala peralatan elektronik kau, dan semestinya dibawah tanggungan sendiri. Tapi masa korang slide tu, korang tak boleh nak pegang kamera or gopro or whatsoever. Aku ada yang macam lekap kat badan tu, tapi dia tak kasi jugak walau aku pun tak tahu kenapa, tapi aku akur haha.
  • Makanan & Minuman
    • Memang tak boleh bawak masuk langsung. Before korang masuk, dia akan check bag kau. 

          Haaa apa lagi yang tak cukup hahaha. Slide dia semua aku try kecuali satu sebab dia nak berat sampai 50kg, so aku rasa cem lain macam seramshit asal nak sampai 50kg baru boleh main, so aku tak main hahaha. Kiteorang sepakat nak kasi rate untuk game dia >> 3.5/5. Boleh je layan, cuma penat nak manjat tangga. Aku dengan kawan-kawan gerak weekdays kan, so manusia memang tak ramai. Korang nak ulang naik satu slide 10 kali pun sempat, cuma nak naik tangga bawak pelampung tu kene gigih sikit lah. 

Tunggu ombak, tapi tak kunjung tiba kiteorang sambung naik slide.

Antara slide yang takda rasa lemah jantung.


          Kiteorang sebelum sampai, isi perut siap-siap. Sebab ada orang kata makanan mahal, jadi dalam tu kiteorang tak makan pun memang dari sampai ke balik duk main air sampai pengsan. Tempat dia tak besar mana pun, cukup lah kalau nak stay 11-6 tu. Sempat je kau ulang-ulang main bebenda kat situ. So takda benda sangatlah nak risau.


Okayyy THE END. Jom balik.

Lepas dah bertukar dan selesai solat semua.


No comments:

Post a Comment