Thursday, 28 July 2016

Aku hamba.

     Jam dah tunjuk pukul 00:13, tapi aku masih duduk bersuluhkan cahaya laptop kecil. Duduk. Semuanya tenang. Dunia tanpa manusia, aku senang dengan keadaan itu malam ini. Nyaman udara malam, buat aku makin suka dengan dunia tanpa keserabutan. Namun pagi besok, pasti masih dunia yang sama. Mana lagi nak kau lari selain mati, maka hiduplah kau di dunia itu.

     Hari ini aku sedar, aku lemah. Hari ini aku sedar, aku tidak kuat seperti yang aku sangka. Hari ini aku sedar, aku tidak cukup teguh untuk berdiri kuat tanpa bantuan lain. Hari ini aku sedar, aku hamba. Hari ini aku mengaku, aku kalah. Kalah dengan ujian mu.

     Berubah lagi hidup aku. Belum sempat aku sesuaikan diri ditempat baru, aku harus ubah lagi. Ntah apa kehidupan itu nanti. Menanti aku dengan penuh pertanyaan. Tapi aku sedar, siapa aku. Pergi aku membawa diri, ke tempat yang baru.
 
     Senyum lah untuk dirimu. Cari lah kebahagiaan di setiap pelusuk hidupmu, Allah itu bukan kejam :) Kuatkan lah diri mu untuk hari yang mendatang, tidaklah kau jatuh ke lubang yang sama.

Mungkin juga aku akan tetap lemah dan kalah, kerana aku hanya hamba. Kuatkan aku Ya Allah, kuat kan aku.

00:13 l 28 July 2016

No comments:

Post a Comment