Patutnya post ni kene tulis dalam English, so then ramai orang akan dapat manfaat dari post yang kali ni. Tapi itulah, tak hebat English. Satgi berterabur aku tulis, korang jugak sakit jiwa baca. Okay whatever, siapa suruh tak tahu Bahasa Melayu kan? Nyiaw.
Ini kira tulis atas pengalaman sendiri lah, InsyaAllah tak kecewa *haha yakin je en?* Tengah plan nak travel sebelum balik Malaysia sebenarnya, itu yang sampai ada hati nak update blog. Susahnya nak plan tu, tahap dah fikir nak belanja makan je semua duit yang ada tu kahkah. Tapi alhamdulillah saya masih waras. Jadi tujuan saya update blog kali ini, tak lain tak bukan hanyalah sekadar mahu memudahkan ursan kamu-kamu yang ada hati dan keinginan nak travel sampai ke Jordan.
Jadi benda first, duit kat sini kita pakai Jordanian Dinar. Dulu masa awal-awal datang sini lebih kurang tahun 2013, tukaran duit dia lebih kurang JOD 1 = RM 4.50. Tapi sekarang (2017) dah jauh beza, JOD 1 = RM 6. Jadi selamat melaburkan duit anda disini bak air yang menyiram kebun pokok bunga mak belakang rumah.
Orang sini guna bahasa Arab. Ammiy (lahjah) depa tak teruk macam negara-negara arab lain, so selagi korang reti pelat-pelat bahasa Arab Fushah (formal), kau boleh je nak hidup kat sini. Walau nanti pakcik kedai tu gelak, tapi takpa yang penting kau yakin dan kuatkan semangat bhahaha! Point penting dia apa?
"Apa yang kau nak kau dapat, kan?"
Pasal transportation, meh sini duduk depan pasang telinga besar-besar. Dekat Jordan, boleh kata pengangkutan utama dia mungkin bas. Tapi antara tempat ke tempat dalam bandar, senang cerita memang teksi je yang paling wujud pun. So keep in your mind okay? Kalau nak gerak dari satu daerah ke satu daerah lain, cari bas. Tapi bila dah sampai dalam satu daerah, kau nak gerak dalam dalam tu je cari teksi. Teksi ni lah yang selalu akan makan duit. Depa ni jenis teksi takda meter kecuali dekat Amman (Ibu Negara Jordan). Kalau nasib baik dapat pakcik soleh sebutlah 'Alhamdulilah', kalau dapat yang kerjanya korek beg duit kau, aku ucapkan "Selamat datang ke Jordan". Sebab dengan kiteorang yang student, reti cakap arab tahu harga biasa pun depa nak kencing apatah lagi kome. Ye dok? haha.
Okay, sekarang aku kasi list tempat-tempat yang korang kene sampai bila dah jejak Jordan. Saya tak bagi detail tempat, sebab itu kau boleh search dekat tempat lain. Kira ni tempat-tempat utama lah dekat Jordan ni., aku list ikut ranking khas untuk korang :P
1. Petra, Wadi Musa.
2. Wadi Rum.
3. Dead Sea, Amman.
4. Aqaba.
5. Amman City.
6. Jerash.
7. Wadi Hidan/ Wadi Aya/ Wadi Mujib/ or etc.
Ini pulak tempat-tempat yang aku boleh kata agak menarik, kalau ada masa lebih datang lah. Gituuuuuuu~
1. Karak Castle, Karak.
2. Hammamat Ma'in, Amman.
3. Umm Qaiys.
4. Madaba.
5. Mount Nebo. (near Madaba)
6. Maqam-maqam.
7. Petra by night.
Secara umumnya, dah cun sangat dah kalau kau pegi tempat-tempat yang aku kasi list kat atas ni. Soooooooooooooo, wish youuuu goodluckkkkkkkk in Jordannnnnnn :) Bye bye.
Oooo
ReplyDelete